Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan saluran lencong air limpah dari Sg Sarawak ke Batang Salak dirancang: Fadillah

-

Pembinaan saluran bagi memudahkan pengaliran isipadu air dari Sungai Sarawak ke Batang Salak kini dalam perancanga­n, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Tambahnya, ia adalah sebahagian daripada projek tebatan banjir di Sarawak bagi menyelesai­kan isu banjir kilat khususnya di Kuching.

“Sekiranya air pasang yang disertai hujan lebat di hulu sungai, Sungai Sarawak boleh ditenggela­mi dengan cepat dengan jumlah air.

“Kami berharap dengan saluran ini, isipadu air akan disalirkan ke Batang Salak,” katanya.

Beliau menambah projekproj­ek tebatan banjir di negeri ini akan dijalankan secara berperingk­at, bergantung kepada ketersedia­an dana.

Fadillah yang juga menteri yang bertanggun­gjawab bagi hal ehwal Sarawak dan Sabah berkata, Sibu telah pun men

yaksikan penyiapan beberapa stesen pam sebagai sebahagian daripada Rancangan Tebatan Banjir Sibu.

“Sebab itu hari ini, kita semakin kurang mendengar banjir kilat di Sibu,” tambahnya.

Terdahulu, Fadillah bersama isteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir menyampaik­an sumbangan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP di Sungai Tengah, Matang di sini, semalam.

Dalam ucapannya, Fadillah berkata program sebegini akan menyemai dan mengeratka­n lagi hubungan harmoni rakyat berbilang kaum dan agama.

Tambahnya, sumbangan angpau dan buah oren adalah simbolik kasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain yang harus dijaga oleh semua.

“Inilah keunikan dan kekuatan Sarawak,” kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Turut hadir ialah ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman bersama pelbagai pemimpin masyarakat dan akar umbi.

 ?? — Gambar Bernama ?? ULAS: Fadillah bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan angpau kepada warga emas dan OKU sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP di Sungai Tengah, Matang semalam.
— Gambar Bernama ULAS: Fadillah bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan angpau kepada warga emas dan OKU sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP di Sungai Tengah, Matang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia