Utusan Borneo (Sarawak)

12 premis laksa Sarawak terima plak Citarasa Menu Kami Foodunites KPN

-

Sebanyak 12 premis makanan warisan masyarakat Sarawak iaitu laksa Sarawak menerima plak Citarasa Menu Kami pada program Foodunites Ini Warisan Kita di sini, semalam.

Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, kesemua premis makanan yang mempunyai keunikan tersendiri itu mendapat pengiktira­fan daripada kementeria­nnya

“Pengiktira­n itu diberikan kerana mereka telah berjaya mengetenga­hkan premis makanan yang menghimpun­kan detik-detik perpaduan melalui hidangan pilihan makanan rakyat Malaysia.

“12 premis laksa Sarawak yang mendapat pengiktira­n terdiri daripada King’s Laksa, Kafe Serambi, Big Prawn Noodle & Laksa, Sumiran Cafe, Dhie Laksa, The Table Ibu, Mom’s Laksa, Lala Laksa, Ain Little Kitchen, Mangkuk Bocor, Kak Nah Laksa Sarawak dan Mee Kolok Sarawak,” ujarnya pada Program Foodunites Ini Warisan Kita anjuran Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) yang berlangsun­g selama dua hari mulai semalam di Tebingan Kuching di sini.

Selain itu, Aaron berkata, terdapat enam makanan tradisi utama lain dari Sarawak turut ditampilka­n dalam acara Foodunites itu seperti nasi lemak, kuetiau goreng, ayam

pansuh, nasi briyani, kek lapis dan latok.

Menurutnya, program Foodunites merupakan tapak integrasi baharu yang akan diketengah­kan sebagai salah satu platform untuk mengukuhka­n jalinan interaksi sosial ‘inter’ dan ‘intra’ etnik di Malaysia.

Ia katanya, bertujuan untuk menyemarak­kan semangat kebersamaa­n dalam kalangan rakyat Malaysia melalui makanan.

“Makanan memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja menjadi sumber tenaga untuk kelangsung­an hidup manusia, tetapi juga mempunyai sejarah dan nostalgian­ya

yang tersendiri dalam merencana ketamaduna­n sesuatu bangsa.

“Makanan Malaysia pada ketika ini bertindak sebagai satu wadah komunikasi yang menjadi pemangkin kepada penyebaran budaya dan berupaya menyatukan kita semua dalam keadaan aman damai dan harmoni,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha sedemikian dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dalam mengenali warisan rakyat melalui makanan.

“Ini juga merupakan usaha untuk mengiktira­f dan menghargai keunikan adat budaya warisan setiap kaum yang

merupakan aset negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u Program Foodunites akan dilaksanak­an di 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutua­n bagi menyemarak­kan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendekatan warisan makanan.

Siri pertama katanya, telah diadakan di Shah Alam, Selangor dengan menghimpun­kan menu nasi lemak yang tentunya merupakan makanan pilihan semua rakyat Malaysia.

“KPN bercadang untuk melaksanak­an program ini di Melaka dengan menampilka­n menu warisan Melaka iaitu asam pedas,” ujarnya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KEGEMARAN RAMAI: Aaron ditemani Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Saraswathy Kandasami (kiri) serta yang lain semasa melawat gerai King Laksa Sarawak pada Program Foodunites Ini Warisan Kita di Tebingan Kuching, semalam.
— Gambar Chimon Upon KEGEMARAN RAMAI: Aaron ditemani Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Saraswathy Kandasami (kiri) serta yang lain semasa melawat gerai King Laksa Sarawak pada Program Foodunites Ini Warisan Kita di Tebingan Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia