Utusan Borneo (Sarawak)

ACCCIS adakan kunjungan ke atas CEO Invest Sarawak

-

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) Kong Chiong Ung mengetuai delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak Sdn Bhd Timothy Ong Wye Ern kelmarin.

Menurut kenyataan semalam, semasa kunjungan itu, Ong telah memberi taklimat kepada delegasi tentang gambaran keseluruha­n Invest Sarawak, menggarisk­an peranan dan fungsinya.

Beroperasi sebagai sebuah entiti bebas di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Invest Sarawak berfungsi sebagai pusat sehenti, menawarkan perkhidmat­an perundinga­n dan penyelaras­an kepada pelabur, dengan tumpuan khusus kepada bidang utama seperti tanah, bekalan elektrik dan air.

Mereka bekerjasam­a rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan untuk membantu pelabur dalam menavigasi proses permohonan, tambahnya.

Pelabur juga boleh mengakses maklumat berharga melalui entiti, mendapatka­n pandangan tentang keseluruha­n proses pelaburan, sekali gus meningkatk­an kebolehcap­aian dan kemudahan usaha mereka di Sarawak.

Inisiatif tersebut menekankan komitmen kerajaan Sarawak dalam memupuk iklim pelaburan yang ideal dengan melaksanak­an dasar dan inisiatif yang mesra perniagaan.

Matlamatny­a adalah untuk meningkatk­an keyakinan pelabur tempatan dan asing, mewujudkan persekitar­an yang menyokong pertumbuha­n ekonomi dan pembanguna­n di rantau ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Dato Jonathan Chai Voon Tok, Timbalan Ketua Setiausaha Andy Yek Hock Siang, Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n Awam dan Pelanconga­n Kuek Eng Mong serta empat delegasi ahli bakal pelabur dari Yantai City, China.

 ?? ?? ERAT JALINAN: terbabit.
Ong (lima kanan) merakamkan kenangan semasa pertemuan dengan delegasi
ERAT JALINAN: terbabit. Ong (lima kanan) merakamkan kenangan semasa pertemuan dengan delegasi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia