Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kenal pasti kawasan di Gedong bagi penanaman lumut

Ia mungkin menumpukan kepada pengeluara­n produk makanan

- Oleh Jessica Jawing Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

Gedong telah dipilih disebabkan oleh kesesuaian tanah untuk kita menanam lumut yang ini kajiannya khusus untuk makanan serta farmaseuti­kal dan akhirnya untuk Bahan Api Penerbanga­n Mampan (SAF).

KUCHING: Sarawak telah mengenal pasti kawasan di Gedong untuk tujuan penanaman atau pembanguna­nan lumut yang mungkin menumpukan kepada pengeluara­n produk makanan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Gedong telah dipilih untuk projek berkenaan kerana kesesuaian tanah untuk membangunk­an lumut.

“Gedong telah dipilih disebabkan oleh kesesuaian tanah untuk kita menanam lumut yang ini kajiannya khusus untuk makanan serta farmaseuti­kal dan akhirnya untuk Bahan Api Penerbanga­n Mampan (SAF).

“Penanaman lumut di Gedong ini akan meliputi kawasan seluas 100 hektar dan Chitose akan membuat kajian di sini, menjadikan ia makmal untuk tujuan membuat kajian di sini bagi pasaran di seluruh dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Projek Agrihub@Gedong di Gedong, semalam.

Menurut Abang Johari, Chitose (Chitose Carbon Capture Central) mempunyai loji perintis di Sejingkat seluas lima hektar.

“Selain itu, sudah tentu kita uga mempunyai kemudahan di Bintulu menggunaka­n teknologi lain, menggunaka­n alga untuk menghasilk­an SAF.

“Kita mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang menjalanka­n kajian. Ia menunjukka­n hasil positif dan kita akan meluaskan kawasan Gedong untuk menjadi pusat kawasan pesisir pantai, menggunaka­n tanah yang ada untuk membangunk­an sektor pertanian,” katanya.

Sementara itu, mengenai pembanguna­n lain di Gedong, kerajaan akan membangunk­an Penisula Isthmus yang sudah memulakan kerjakerja pembinaan.

Jelasnya pada penghujung tahun 2025 dan awal tahun

2026, sebahagian daripada projek pembinaan pejabat pentadbira­n dan pusat komersial dijangka siap di Gedong.

“Kita juga ada makmal untuk Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Swinburne. Bagi Universiti Swinburne adalah lebih kepada penggunaan teknologi digital yang menyimpan data bagi hasil pertanian,” katanya.

 ?? Gambar KAS ?? PENERANGAN: Abang Johari semasa menghadiri Mesyuarat Projek Agrihub@Gedong di Gedong, semalam.—
Gambar KAS PENERANGAN: Abang Johari semasa menghadiri Mesyuarat Projek Agrihub@Gedong di Gedong, semalam.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia