Utusan Borneo (Sarawak)

BDDA lulus beberapa projek baharu bernilai RM63 juta

Sebahagian peruntukan adalah bagi aktiviti pertanian menjana pendapatan melalui fertigasi dan hidroponik: Uggah

-

KUCHING: Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong (BDDA) telah meluluskan beberapa projek baharu yang menelan kos berjumlah RM63 juta.

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, projek-projek itu akan dilaksanak­an dalam tahun ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM33 juta telah diperuntuk­kan bagi menganjurk­an aktiviti pertanian yang menjana pendapatan.

“Ini akan berasaskan pertanian ketepatan moden seperti fertigasi dan hidroponik.

“Latihan yang sesuai akan diadakan untuk belia kita, yang berminat dari semasa ke semasa,” ujarnya pada majlis makan malam sebelum

Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Chung Hua Spaoh di Dewan Masyarakat Spaoh di Spaoh, Betong malam kelmarin.

Uggah yang merupakan ADUN Bukit Saban berkata, tapak seluas 260 hektar berhampira­n lapangan terbang landasan pendek (STOL) Bebuling telah diperuntuk­kan untuk pertanian jitu berkenaan.

“Kita berharap untuk menjadi pengeluar sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan terkemuka di rantau ini dengan pelbagai rancangan dan program kita.

“Sebagai contoh, saya juga sedang melihat untuk memperkena­lkan penternaka­n udang karang, aktiviti baharu yang penuh dengan potensi pasaran di sini juga,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Tebingan Sungai Spaoh akan diperbesar­kan lagi dengan

kos RM20 juta.

“Kita mahu ia lebih luas untuk menampung aktiviti

rekreasi, pameran dan makanan atau pameran perdaganga­n.

“Selain itu, pasar Spaoh baharu juga akan diperluask­an untuk merangkumi ruang pasar malam dan kawasan medan selera.

“Program pembesaran ini akan menelan belanja RM5 juta. Terdapat juga pembinaan berterusan lebih banyak lot komersial baharu.

“Apabila semua ini selesai, saya percaya Spaoh akan menjadi sebuah bandar yang lebih bertenaga dan meriah untuk didiami dan dilawati,” kata Uggah.

Dalam perkembang­an lain, Uggah berkata sebuah pusat hemodialis­is yang menelan belanja RM5 juta akan dibina berhampira­n Klinik Kesihatan Spaoh tahun ini.

Beliau berkata sebaik sahaja ia siap, pesakit buah pinggang di kawasan berhampira­n tidak perlu pergi ke pusat di Debak atau Betong yang kini sudah agak sesak untuk rawatan.

Mengenai isu kesihatan yang sama, Uggah berkata beliau dan Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu akan mendapatka­n pembiayaan daripada kerajaan persekutua­n untuk pembinaan klinik baharu di sini dan satu tapak telah dikenal pasti bagi tujuan itu.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n geran (termasuk daripada Dr Richard) berjumlah RM170,000 untuk pelbagai projek dan program.

Ia termasuk RM80,000 untuk projek kuil Cina Spaoh dan RM60,000 untuk Persatuan Chung Hua Spaoh.

Uggah kemudianny­a menyampaik­an angpau kepada 46 warga emas yang hadir pada majlis makan malam itu.

“Kita berharap untuk menjadi pengeluar sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan terkemuka di rantau ini dengan pelbagai rancangan dan ” program kita. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier

 ?? ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Uggah (dua kanan) menyampaik­an angpau kepada penerima yang hadir pada majlis makan malam tersebut. Turut kelihatan, Dr Richard (dua kiri).
SELAMAT TAHUN BAHARU: Uggah (dua kanan) menyampaik­an angpau kepada penerima yang hadir pada majlis makan malam tersebut. Turut kelihatan, Dr Richard (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia