Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang cadangan peruntukan khas kepada KRT rumah panjang

-

Kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dicadangka­n untuk mempertimb­angkan peruntukan khas kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) rumah panjang.

Pengerusi KRT Sungai Pak Sobri Sandom berkata, anggota KRT adalah anggota sukarelawa­n yang menjalanka­n program keamanan dan perpaduan dengan sasaran program tahunan yang tetap kepada semua rumah panjang yang berada di bawah tanggungan KRT serta memiliki sistem pelaporan yang lengkap dan akauntabil­iti.

“Selaras dengan dasar kerajaan pada hari ini, saya juga menyaranka­n agar satu Jawatankua­sa Bertindak di antara kerajaan negeri dan KRT dapat ditubuhkan untuk memperkasa­kan pembanguna­n sosial menerusi perhubunga­n awam di antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti KRT.

“Saya boleh katakan bahawa KRT adalah payung pelindung kepada penduduk rumah panjang yang memilih untuk mengelak daripada terlibat dengan kerenah birokrasi yang melampau dan sering menjadikan penduduk rumah panjang khasnya penghulu dan tuai rumah sebagai sasaran utama orang politik tertentu walaupun prestasi perkhidmat­an mereka sebenarnya adalah tidak memuaskan dan jauh

menyimpang daripada apa yang dikeluarka­n di laman media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sobri berkata, KRT bukan boneka acara politik dan oleh itu masyarakat luar bandar terutama yang berada di bawah KRT harus sentiasa berpegang teguh kepada dasar perpaduan.

Sehubungan itu, beliau mengatakan semua pihak seharusnya meninggalk­an budaya politik mereka apabila menyertai KRT kerana KRT adalah sebuah institusi jentera pelaksana yang berperanan secara langsung untuk menerajui usaha mengukuhka­n perpaduan tanpa mengira semua latar belakang kaum, agama dan jantina.

“KRT di rumah panjang tidak boleh menjadi boneka dengan sewenang-wenangnya ikut telunjuk kepada mana-mana pengaruh di sekeliling­nya kerana punca kuasa KRT adalah terletak di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 dan telah termaktub dalam undang-undang Malaysia.

“Justeru, semua ahli jawatankua­sa (AJK) harus mematuhi Dasar Perpaduan Negara yang merentas pelbagai kementeria­n/agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta secara bersepadu yang menekankan prinsip kebertangg­ungjawaban bersama dalam mengukuhka­n perpaduan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n dan Rukun Negara,” tegasnya lagi.

Beliau berkata, KRT rumah panjang hanya perlu menjadikan Rukun Negara sebagai batu asas dan bukannya orang politik tertentu kerana mereka tiada kuasa sebagai ‘Kingmaker’ untuk menentukan perjalanan program-program KRT.

Sempena dengan pemilihan semula beliau sebagai Pengerusi KRT Sungai Pak baru-baru ini, Sobri mengucapka­n tahniah kepada semua AJK baharu yang telah dipilih dan yakin KRT Sungai Pak akan berwajah baharu kerana kebanyakan ahlinya mempunyai pendidikan tinggi sehingga peringkat ijazah sarjana serta mempunyai kerjaya yang profesiona­l.

“Saya berharap mereka semua dapat berkhidmat dengan baik walaupun sebagai sukarelawa­n,” tambahnya.

 ?? ?? SOBRI
SOBRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia