Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan sistem perparitan di Kg Assyakirin siap 86 peratus

-

Pembinaan sistem perparitan di Kampung Assyakirin ke laluan Taman Istiwajar Tanjung Batu sehingga ke sistem perparitan Boulevard Shopping Mall termasuk stesen pengepamny­a kini 86 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada 8 Mac 2024.

Konsultan Desmond Hii yang mewakili Jurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd berkata, sistem perparitan di Kampung Assyakirin menuju ke Taman Istiwajar hampir sia dan berharap dengan cuaca baik ia akan dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Beliau yang mewakili Jurutera Bibiana Kalom dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bintulu berkata demikian semasa menyampaik­an taklimat mengenai perkembang­an projek itu semasa program gotongroyo­ng dengan penduduk

Kampung Assyakirin di sini, semalam.

“Apabila siapnya projek ini, kita berharap tidak berlaku lagi banjir kilat di Kampung Assyakirin dan penduduk akan dapat tidur lena,” ujarnya.

Begitupun katanya, kerjakerja kecil di bahagian sistem perparitan itu masih dijalankan dan cuba untuk

disiapkan secepat mungkin.

Katanya, ada kerja-kerja dilakukan agak lambat dan terlewat dari jadual disebabkan hujan berterusan dan kontraktor terlibat cuba melakukan yang terbaik untuk menyiapkan­nya serta mengepam air keluar dari kawasan pembinaan.

“Kita berharap penduduk bersabar dan berharap cuaca

mengizinka­n supaya projek ini dapat disiapkan dengan segera tanpa masalah,” katanya.

Projek tersebut merupakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kampung Assyakirin yang dibiayai kerajaan Sarawak bagi menangani masalah banjir kilat di kampung berkenaan serta kawasan sekitarnya.

 ?? ?? TAKLIMAT: Desmond (kanan) menyampaik­an taklimatny­a mengenai perkembang­an projek tebatan banjir Kampung Assyakirin Bintulu.
TAKLIMAT: Desmond (kanan) menyampaik­an taklimatny­a mengenai perkembang­an projek tebatan banjir Kampung Assyakirin Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia