Utusan Borneo (Sarawak)

Jaga kebersihan alam sekitar, cegah penyakit berjangkit: Pang

-

Penduduk kampung perlu terus mengamalka­n penjagaan kebersihan alam sekitar yang bukan sahaja dapat mencegah pembiakan nyamuk, penularan penyakit berjangkit bahkan menerap tanggungja­wab bersama menjaga kebersihan persekitar­an kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, aktiviti pembersiha­n boleh mencegah penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh persekitar­an yang kotor.

“Tidak hanya itu, ia memupuk kesedaran dan tanggungja­wab bersama antara penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibaca Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu Siew Chiew Choung pada perasmian Program Gotongroyo­ng Kampung Assyakirin 2024 di sini, semalam.

Program itu merupakan anjuran Pusat Khidmat DUN

Tanjong Batu dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1 dan 2.

Pang turut melihat mengenai kepentinga­n pembersiha­n persekitar­an kampung terutama sistem perparitan bagi mencegah berlakunya kejadian banjir kilat dan aliran air tersumbat.

“Saya ingin mengingatk­an semua bahawa menjaga kebersihan

adalah tanggungja­wab bersama, dengan bergotong-royong membersih kawasan kita bukan sahaja dapat mencantikk­an persekitar­an kampung malah dapat terlibat secara langsung dengan penduduk kampung lain,” katanya.

Beliau berharap usaha bersama ini akan memberi impak positif kepada kehidupan penduduk di kampung berkenaan.

Turut diadakan ialah taklimat mengenai perkembang­an pembinaan sistem perparitan di Kampung Assyakirin oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak serta penyampaia­n sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kontraktor melalui JPS kepada dua kampung terbabit serta penyampaia­n peruntukan daripada Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu.

Hadir sama Ketua Kaum (KK) Kampung Assyakirin Fasa 1 Pengiran Hamdan Pengiran Kerta, KK Kampung Assyakirin Fasa 2 Abu Bakar Abd Razak, Penolong Pegawai

Tadbir Pejabat Daerah Bintulu Latifah Moksen, Jurutera Bibiana Kalom mewakili Jurutera Bahagian DID Bintulu, Konsultan Desmond Hii mewakili Jurutera Jasa (Sarawak) Sdn Bhd, Pengurus Seksyen Kesihatan Alam Sekitar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Mangga Nyuyang dan Setiausaha SUPP Bintulu Kapitan Hii Sii Hing.

 ?? ?? SIMBOLIK: Siew (tengah) menyempurn­akan penanaman pokok bersama Pengiran Hamdan (kanan) sambil disaksi Abu Bakar (dua kiri) serta yang lain sebelum kerja gotong-royong membersih kawasan kampung bermula.
SIMBOLIK: Siew (tengah) menyempurn­akan penanaman pokok bersama Pengiran Hamdan (kanan) sambil disaksi Abu Bakar (dua kiri) serta yang lain sebelum kerja gotong-royong membersih kawasan kampung bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia