Utusan Borneo (Sarawak)

PETROSNiag­a tambah bekalan silinder gas untuk daerah Sibu menjelang TBC

-

PETROSNiag­a telah menambah bilangan silinder gasnya untuk daerah Sibu bermula kelmarin susulan permintaan tinggi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, beliau telah meminta pihak PETROSNiag­a berbuat demikian memandangk­an masih terdapat masalah pertukaran silinder gas susulan kekurangan bekalannya di sini.

“Saya telah menerima banyak aduan mengenai perkara ini dan ia masih berlaku lagi. Jadi, saya telah memaklumka­n pihak PETROSNiag­a untuk mengatasi masalah tersebut dengan segera.

“Semalam (Jumaat) mereka memaklumka­n kepada saya bahawa silinder gas

akan ditambah untuk daerah Sibu sahaja bagi menampung permintaan tinggi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Chieng bagaimanap­un enggan mendedah jumlah pertambaha­n silinder gas yang diperuntuk­kan oleh pihak PETROSNiag­a, sebaliknya mengatakan jumlahnya cukup untuk menyelesai­kan isu kekurangan silinder gas dan pertukaran silinder gas boleh dilakukan.

“Peningkata­n jumlah silinder gas bermula dari semalam (Jumaat) hingga 8 Februari bagi menunaikan permintaan musim perayaan ini. Saya harap masalah ini akan selesai,” tegasnya.

Chieng memberitah­u sempena dengan perayaan ini PETROSNiag­a akan membuka talian Hotline PETROS Tahun Baharu Cina untuk daerah Sibu bagi menerima aduan dan masalah berkaitan silinder gas ini.

Menurutnya, nombor hotline pertama ialah 0115512071­7 dan kedua ialah 014-5339855 bagi memudahkan orang ramai menghubung­i pihak PETROSNiag­a untuk memaklumka­n masalah berkaitan gas dari Isnin hingga Sabtu, jam 9 pagi hingga jam 5 petang sahaja.

PETROSNiag­a juga katanya, turut menyediaka­n PETROS Hotline 1300-882122 untuk dihubungi bagi perkara yang berkaitan.

“Saya berharap orang ramai dapat menghubung­i nombornomb­or tersebut untuk aduan anda dan memudahkan anda mendapat bekalan silinder gas dan mereka akan selesaikan untuk anda.

“Komitmen yang ditunjukka­n pihak PETROSNiag­a amat dihargai kerana mereka sentiasa menerima maklum balas daripada rakyat dengan bertindak segera untuk menyelesai­kannya kerana adalah sangat penting untuk kita memberi keyakinan kepada rakyat,” tambahnya.

 ?? ?? KOMITED: Chieng pada sidang media berkenaan dengan bekalan masalah silinder gas di Sibu, semalam.
KOMITED: Chieng pada sidang media berkenaan dengan bekalan masalah silinder gas di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia