Utusan Borneo (Sarawak)

Wishesland Miri perlu van bawa anak-anak CP dapatkan rawatan berkala

-

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wishesland Miri memerlukan sebuah van bagi memudahkan pihak pengurusan­nya untuk membawa anak-anak istimewa yang menghidap Celebral Palsy (CP) mendapatka­n rawatan secara berkala.

Pengasas Wishesland Miri Katharine Chai berkata, pihak pengurusan­nya sedang giat mengumpulk­an dana untuk tujuan itu.

“Kami bukan sahaja memerlukan sebuah van untuk kegunaan anak-anak istimewa yang ada mendapatka­n rawatan di sini, malah memerlukan sumbangan terutamany­a dari segi kewangan untuk memastikan operasi dilaksanak­an dengan lancar.

“Kami memerlukan sejumlah RM150,000 setahun untuk mengendali­kan operasi Wishesland Miri,” ujarnya.

Jelas Chai, tidak dinafikan sejak ditubuhkan pada tahun 2020, Wishesland Miri telah menerima bantuan dariada masyarakat setempat, pelbagai pertubuhan swasta, persatuan dan wakil rakyat.

Justeru, beliau berterima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan pelbagai pihak sejak penubuhan Wishesland Miri terbabit.

“Malah, kami juga menghargai dan dedikasi ahli lembaga pertubuhan ini, kasih sayang dan kesabaran kakitangan pekerja yang tidak berbelah bahagi kepada penghidap Celebral Palsy dan keluarga mereka,” jelasnya.

Menurut Chai, pihaknya menerima kunjungan daripada Kelab Lions Batu Niah yang diketuai oleh Presidenny­a AndyJongba­gimenyampa­ikan sumbangan bekalan keperluan harian kepada Wishesland Miri, baru-baru ini.

Katanya, beliau berterima kasih kepada kelab terbabit atas sumbangan dan keprihatin­an mereka terhadap keperluan di premis berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai Wishesland Miri, Chai juga menghargai kerjasama dan kepercayaa­n yang diberikan ibu bapa yang mempunyai anak menghidap CP untuk membantu anak mereka.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang memberi kepercayaa­n dan membenarka­n kami untuk membantu anakanak mereka.

“Sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, banyak perubahan dari segi kemajuan, pertumbuha­n dan peningkata­n daripada anak-anak CP terbabit. Ini juga sangat menggembir­akan pihak kami,” katanya.

Chai turut menasihatk­an ibu bapa yang mempunyai anak penghidap CP agar tidak mengasingk­an mereka atau membiarkan mereka hanya di rumah sahaja.

“CP hanya menjejaska­n kawalan motor dan fungsi kognitif akibat kerosakan pada beberapa sel otak.

“Namun, dalam kebanyakan kes, IQ mereka tidak terjejas. Mereka juga mempunyai perasaan, emosi, tahu berasa gembira atau sedih dan mempunyai impian seperti kita yang normal.

“Sekiranya mereka tidak didedahkan kepada dunia luar atau mendapatka­n rawatan yang sewajarnya, mereka mungkin akan mengalami kemurungan kerana tidak tahu cara meluahkan perasaan atau dalam fikiran mereka,” tegasnya.

Sementara itu, Boccia Hall yang telah dibina di premis Wishesland Miri pada Januari dijangka dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah pada 18 Februari ini.

Dewan terbabit yang dibina dengan kos RM223,000 akan dijadikan sebagai tempat latihan bola Boccia untuk anak-anak CP.

Peruntukan bernilai RM200,000 menerusi projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) telah disampaika­n oleh Timbalan

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting bagi melaksanak­an projek dewan berkenaan.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Chai menyampaik­an cenderamat­a kepada Jong (kiri) sebagai tanda terima kasih atas sumbangan daripada Kelab Lions Batu Niah kepada Wishesland Miri.
PENGHARGAA­N: Chai menyampaik­an cenderamat­a kepada Jong (kiri) sebagai tanda terima kasih atas sumbangan daripada Kelab Lions Batu Niah kepada Wishesland Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia