Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan terbesar tarian poco-poco lakar rekod MBOR

3,688 peserta cipta rekod baharu pada acara penuh meriah di pekarangan MPKS sempena Mini KUD@Kota Samarahan

- Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

KUCHING: Sorakan meriah bergema di pekarangan Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) semalam apabila peserta ‘Marathon Poco-Poco 2024’ melakar rekod baharu ‘Penyertaan Terbesar dalam Tarian Poco-Poco’ dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sijil pencapaian itu disampaika­n kepada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang oleh KetuaPegaw­aiOperasiM­BOR Christophe­r Wong pada sesi memecahkan rekod itu, pagi semalam.

Menyaksika­n peristiwa bersejarah itu ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengerusi MPKS Dato Peter Minos.

“Saya dapat lihat acara seperti ini memberi kegembiraa­n

kepada masyarakat setempat dan saya difahamkan mereka yang terlibat dalam poco-poco hari ini (semalam) bukan sahaja dari Samarahan tetapi juga dari kawasan seperti Kuching.

“Ini menunjukka­n bagaimana

acara seperti ini dapat menyatukan masyarakat dan menyebarka­n kebahagiaa­n,” kata Abdul Karim kepada pemberita ketika ditemui selepas acara tersebut.

Ketika ditanya sama ada

poco-poco boleh menjadi ‘trademark’ kepada rakyat Sarawak, Abdul Karim berkata ia sememangny­a salah satu acara unik yang digemari oleh ramai rakyat Sarawak, tanpa mengira kaum.

“Ia (poco-poco) telah menjadi ‘trademark’ dalam perayaan dan acara, menunjukka­n peranan besar yang dimainkann­ya dalam membawa kegembiraa­n dan perpaduan kepada masyarakat,” katanya.

Menyentuh tentang percubaan memecah rekod itu, Abdul Karim percaya ia adalah kali pertama diadakan dalam skala besar.

“Dengan 3,688 peserta, memecahkan rekod ini bukanlah satu kejayaan yang mudah dan saya harap ia akan bertahan lama,” ujarnya.

Sementara itu, Rubiah mengucapka­n tahniah kepada rakyat Sarawak khususnya dari Kuching, Samarahan, Serian dan Sebuyau yang menyertai acara poco-poco itu.

Beliau turut menekankan peranan acara itu dalam memupuk ikatan komuniti.

“Poco-poco adalah kegemaran dalam kalangan rakyat Sarawak dan amat menggembir­akan melihat kumpulan dari setiap kampung berkumpul.

“Acara ini bukan sahaja menambah semangat tetapi juga mengeratka­n ikatan dan solidariti dalam kalangan penduduk Samarahan dan Sarawak secara keseluruha­nnya,” katanya.

‘Marathon Poco-Poco 2024’ diadakan sempena Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang bertujuan menyokong keusahawan­an tempatan.

Pencapaian itu berjaya melepasi rekod sebelumnya pada 2015, di mana 2,150 anggota Briged Utara menyertai acara tarian poco-poco yang diadakan di Kedah.

Dengan 3,688 peserta, ‘Marathon Poco-Poco 2024’ telah mendapat tempatnya dalam catatan sejarah pemecahan rekod Malaysia, dan terus menjadikan Sarawak sebagai salah satu negeri terkemuka dari segi pencapaian pecah rekod dalam MBOR.

Ia (poco-poco) telah menjadi ‘trademark’ dalam perayaan dan acara, menunjukka­n peranan besar yang dimainkann­ya dalam membawa kegembiraa­n dan perpaduan kepada masyarakat.

 ?? — Gambar Kong Jung Liung ?? SYABAS: Wong (dua kiri) menyampaik­an sijil MBOR kepada Rubiah sambil disaksikan Abdul Karim (tengah).
— Gambar Kong Jung Liung SYABAS: Wong (dua kiri) menyampaik­an sijil MBOR kepada Rubiah sambil disaksikan Abdul Karim (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia