Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis makan malam TBC SUPP Peringkat Sarawak di Sibu 17 Feb

-

Majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Peringkat Sarawak akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam 7 malam di Hotel Kingwood Sibu, di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee mengumumka­n perkara itu semalam selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur.

Beliau berkata, majlis itu akan dianjur bersama lima cawangan SUPP di Sibu iaitu Pelawan, Nangka, Dudong, Bukit Assek dan Bawang Assan.

“Kami akan menghantar jemputan kepada pelbagai pertubuhan NGO Cina, menjemput mereka untuk bersama-sama meraikan majlis ini. Kami juga mengalu-alukan cawangan atau pihak lain untuk menyertai acara ini.

“Kami juga akan menjemput parti komponen GPS lain iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) termasuk semua SUPP di seluruh Sarawak,” katanya.

Tiang yang juga pengerusi penganjur majlis berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari

Tun Openg dan Timbalan Premier merangkap Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dijangka hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, secara tradisi SUPP Sibu akan mengadakan rumah terbuka, tetapi pada tahun ini buat pertama kali kerajaan Sarawak menganjurk­an Tahun Baharu Cina di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

”Jadi, untuk pertama kali juga sambutan Tahun Baharu

Cina parti kita dipindahka­n ke Sibu yang akan dianjur bersama oleh lima cawangan SUPP di Sibu,” jelasnya.

Beliau berkata, majlis itu juga sempena sambutan ulang tahun ke-65 penubuhan SUPP tahun ini, di mana penubuhan cawangan pertama SUPP adalah di Sibu.

Ditanya sama ada majlis itu terbuka kepada orang ramai katanya, ia hanya untuk jemputan dan menyasarka­n kehadiran jemputan kira-kira 1,500 orang atau 150 meja.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi SUPP Nangka Chua Beng Seng, Pengerusi SUPP Dudong Kaunselor Wong Ching Yong, Pengerusi SUPP Pelawan Kaunselor Clarence Ting, Pengerusi SUPP Bukit Assek Dato Chieng Buong Toon, Ketua Pasukan Pembanguna­n Komuniti SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau serta yang lain.

 ?? ?? PASTI MERIAH: Tiang (duduk, empat kiri), (duduk kiri) Beng, Wong, Chieng, (duduk kanan) Lau, (duduk, tiga kanan) Toon, Ting serta yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.
PASTI MERIAH: Tiang (duduk, empat kiri), (duduk kiri) Beng, Wong, Chieng, (duduk kanan) Lau, (duduk, tiga kanan) Toon, Ting serta yang lain pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia