Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n komuniti keutamaan JBPM Sarawak hadapi musim MTL

-

LAWAS:Keselamata­nkomuniti terus menjadi keutamaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak khususnya ketika menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON) Penguasa Kanan Bomba Satu (PgKB I) Henderi Adrimansya­h berkata, jabatan itu sentiasa meningkatk­an kesiapsiag­aan dalam menghadapi sebarang kemungkina­n berlaku sepanjang MTL.

Beliau berkata, bagi tujuan itu pihaknya menambah baik persediaan daripada aspek logistik dan aset dengan mengadakan ujian peralatan marin termasuk yang dijalankan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas di Sungai Lawas kelmarin.

“Pada ujian bot kali ini, sebanyak tiga bot bersama lebih kurang sembilan pegawai dan anggota BBP Lawas menyertai ujian tersebut bagi memastikan kesiapsiag­aan menghadapi musim MTL dan juga musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Saya amat berpuas hati dengan kesiapsiag­aan BBP Lawas atas komitmen dan kesungguha­n pasukan dalam memastikan keselamata­n

komuniti diutamakan terutama sepanjang musim MTL ini,” katanya pada lawatan kerja dan pemeriksaa­n aset marin BBP Lawas sebagai persiapan menghadapi MTL 2024 kelmarin.

Pada lawatan itu, Henderi turut menyertai ujian Bot Aluminium BP60 Mercury, ‘Inflatable Boat’ 15 dan 40 kuasa kuda yang mampu digunakan selain mempunyai kelebihan ketika operasi mencari dan menyelamat atau banjir .

Ujian perjalanan dilakukan ke hulu Sungai Lawas untuk

menguji tahap kesiapsiag­aan anggota dan aset marin, selain meningkatk­an kemahiran pengendali­an bot penyelamat dan ‘inflatable boat.’

Turut sama ialah PgKB II Nik Muhammad Afiq Nik Roslan, Pegawai Bahagian Operasi JBPM Negeri Sarawak Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Zainudin Ngatdemon, Ketua Zon 7 JBPM Sarawak Penguasa Bomba (PgB) Ramlan Marajan dan Ketua Balai BBP Lawas Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Azman Ibrahim.

 ?? ?? SIAP SIAGA: Henderi (dua kanan) bersama Ramlan (dua kiri), Azman (kanan) dan pegawai lain semasa ujian bot di Sungai Lawas kelmarin.
SIAP SIAGA: Henderi (dua kanan) bersama Ramlan (dua kiri), Azman (kanan) dan pegawai lain semasa ujian bot di Sungai Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia