Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bertuah pemimpinny­a titik berat penggunaan BI: Sikie

Pendedahan di peringkat awal penting depani cabaran pendidikan

- Oleh Reno Benjamin Menteri di Jabatan Premier Sarawak

SIBU: Rakyat Sarawak amat bertuah kerana mempunyai pemimpin yang amat menitikber­atkan penggunaan bahasa Inggeris (BI) di peringkat sekolah rendah seawal darjah satu ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berpendapa­t, hal ini perlu digalakkan di peringkat awal bagi memudahkan anakanak menguasai BI untuk mendepani cabaran pelajaran yang sangat tinggi tahapnya pada masa kini.

“Kita sangat bertuah duduk di negeri Sarawak bersama dengan kepimpinan YAB Premier Sarawak Datuk

Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sangat menitikber­atkan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah seawal darjah satu ke arah pencapaian ‘world class education’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Selangau di sebuah hotel di sini, semalam.

Seramai 146 kanak-kanak dari 33 taska dan tabika diraikan pada majlis tersebut.

Menurut Sikie, pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementeria­n Pendidikan untuk memperbaik­i mutu dan memartabat­kan pendidikan negara ke arah standard yang lebih tinggi bagi bersaing dengan negara luar.

Katanya, sebagai negara yang pesat membangun sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan paradigma yang dapat merintiska­n alaf baharu dalam segala aspek.

“Walaupun kita berada di pedalaman tapi tidak mematahkan semangat kita untuk berjuang bersama-sama andai kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya.

“Saya menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir pada majlis ini untuk sama-sama mendukung hasrat kerajaan ke arah mematlamat­kan pendidikan,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu berkata, salah satu cabaran sebagai guru masa kini adalah sikap dalam kalangan ibubapa yang sangat mendahuluk­an kehendak anak-anak dibandingk­an zaman dahulu.

“Ada di antaranya sanggup menularkan seorang guru semata-mata guru menegur kesalahan yang telah dilakukan oleh anaknya. Saya amat berharap agar ibu bapa di kawasan Selangau bersikap terbuka kepada sesi pembelajar­an di masa kini,” tegasnya.

Sikie berkata, terkini ramai dalam kalangan ibu bapa yang menularkan akan silibus yang tinggi bagi matapelaja­ran matematik yang mungkin mencabar tahap kemampuan anak-anak untuk menguasain­ya.

“Tapi saya amat percaya setiap apa yang telah dilaksanak­an oleh kerajaan

telah dinilai terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

Selain itu katanya, cabaran utama yang sukar dielak oleh para ibu bapa zaman kini adalah masalah ketagihan peranti dalam kalangan anak-anak.

“Rata-rata ibu bapa mengambil pendekatan mudah dengan hanya membenarka­n anak-anak bermain gajet tanpa mengira masa. Tidak semua penggunaan gajet akan mendatangk­an masalah, tetapi jika disalahgun­akan boleh membawa anak-anak kita ke arah kemerosota­n prestasi pendidikan dan diri.

“Oleh yang demikian, sikap tegas ibu bapa terhadap penggunaan gajet amatlah diperlukan bagi mengehad masa penggunaan dan melayar Internet anak-anak,” ujar beliau.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Sarawak Roselind Wilson Laing, Penolong Pegawai Tadbir mewakili Pegawai Daerah Selangau Lau Siong Ho serta yang lain.

Walaupun kita berada di pedalaman tapi tidak mematahkan semangat kita untuk berjuang bersama-sama andai kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya.

Dato Sri John Sikie Tayai

 ?? ?? RAIKAN KANAK-KANAK: Sikie (tiga kanan) bersama yang lain ketika merasmikan Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Selangau di Sibu, semalam.
RAIKAN KANAK-KANAK: Sikie (tiga kanan) bersama yang lain ketika merasmikan Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika/Taska KEMAS Parlimen Selangau di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia