Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Melayu Tanjung Bijat diraikan

-

Seramai sembilan kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kampung Melayu Tanjung Bijat diraikan pada Majlis Apresiasi Tabika KEMAS 2024 di sini, kelmarin.

Penyelia Prasekolah KEMAS Bahagian Sri Aman Wan Habeeb Wan Mohamad berkata, majlis itu bagi meraikan kanak-kanak tabika menamatkan alam persekolah­an usia enam tahun bagi sesi 2023/2024.

Menurutnya, majlis seumpama itu harus diadakan di peringkat tabika bagi meraikan kanak-kanak yang bakal melangkah ke alam persekolah­an tahun satu pada Mac depan.

“Selain itu, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun masih meneruskan sesi pembelajar­an mereka tahun ini turut diraikan bersama.

“KEMAS kebiasaann­ya mengadakan pengambila­n kanak-kanak bersekolah di tabika seawal usia empat hingga enam tahun,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Menurutnya, ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tabika KEMAS seawal usia empat tahun dan mereka lebih suka anak-anak mereka bersekolah di peringkat tabika selama tiga tahun.

Dalam pada itu, KEMAS turut mempunyai taman bimbingan kanak-kanak iaitu taska di beberapa tempat di sini, antaranya Taska Taman Sentosa Indah, Taska Kompleks

Tabika KOMTA dan Taska Kampung Melayu Bakong.

“Kita menyeru sekiranya ibu bapa berminat boleh menghantar anak-anak mereka ke taska di mana anak-anak dihantar ke taska tersebut kebanyakan­nya berusia antara 0 bulan hingga tiga tahun,” jelasnya.

Justeru, ibu bapa boleh berkunjung ke taska terlibat mendapatka­n maklumat lanjut dan kemasukan kanak-kanak ke tabika KEMAS sekitar Sri Aman juga masih dibuka sehingga awal Mac depan.

Hadir sama Guru KEMAS Tabika KEMAS Kampung Melayu Tanjung Bijat Norhayati Salleh, Ketua Kampung Melayu Tanjung Bijat serta ibu bapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia