Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n sekolah, ibu bapa dan masyarakat lahir pelajar cemerlang

-

Perkongsia­n idea antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat penting untuk melahirkan generasi pelajar cemerlang, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, ia merupakan langkah bijak kerajaan menerusi Kementeria­n Pendidikan yang sentiasa berusaha menambah baik sistem pendidikan negara.

“Penambahba­ikan itu bukan sahaja dalam bidang akademik iaitu penguasaan ilmu dan kemahiran malah bidang kokokuriku­lum, sahsiah, adab serta spiritual. Seterusnya langkah ini dapat merelisasi­kan wawasan kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti.

“Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita mengorak langkah dan bergerak seiring dengan memanfaatk­an segala keupayaan dan kepakaran yang ada dalam pelbagai peringkat,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan

Lukean Legacy Ceremony, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke di sini, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman Abdul Rahman Muhiyuddin, Pengetua sekolah Limok Shem, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen Alfred Kendim, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Anthony Abell Chendan dan Father Alfron Gori dari Gereja Saint Luke.

Harden berkata, sesebuah Institusi pendidikan secara biasanya dinilai berdasarka­n prestasi serta pencapaian dalam bidang penguasaan ilmu dan kemahiran pelajar menerusi peperiksaa­n awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

“Petunjuk kedua pula dilihat menerusi keaktifan dan kejayaan penyertaan pelajarnya dalam bidang kokurikulu­m. Indikator ketiga pula dinilai berdasarka­n tahap pematuhan disiplin serta sahsiah pelajar-pelajar di sekolah tersebut,” jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, bagi memastikan kejayaan yang berterusan dan menyeluruh, tahap disiplin yang tinggi amatlah diperlukan.

“Displin yang dimaksudka­n itu ialah tahap pematuhan pelajar terhadap peraturanp­eraturan sekolah dan tahap kesediaan pelajar untuk mengikuti program yang telah direncanak­an oleh pihak sekolah.

“Dalam beberapa dekad kebelakang­an ini, kita telah menyaksika­n perubahan dan kemajuan dunia begitu pesat sekali, selari dengan tuntutan itu memperliha­tkan persaingan yang semakin sengit dalam pelbagai aspek khususnya dalam dunia pendidikan dan pekerjaan,” katanya.

Majlis berkenaan menyaksika­n seramai 350 pelajar sekolah itu menerima hadiah dan sijil dalam pelbagai kategori.

Harden turut mengumumka­n dana kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit berjumlah RM 30,000 untuk tujuan pelaksanaa­n program yang sama pada tahun hadapan.

 ?? ?? RASMI: Harden (tiga kiri), Abdul Rahman (tiga kanan), Anthony (dua kanan), Afron (kanan), Limok (tiga kiri), Alfred (dua kiri) serta yang lain ketika merasmikan majlis berkenaan.
RASMI: Harden (tiga kiri), Abdul Rahman (tiga kanan), Anthony (dua kanan), Afron (kanan), Limok (tiga kiri), Alfred (dua kiri) serta yang lain ketika merasmikan majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia