Utusan Borneo (Sarawak)

Warga SJKC Su Tak gembira dewan berbumbung sekolah siap

-

Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Su Tak kini mampu menarik nafas lega apabila dewan berbumbung sekolah tersebut siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek pembinaan itu berjaya disiapkan dengan menggunaka­n peruntukan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

“Kita berasa amat gembira kerana melihat pembanguna­n infrastruk­tur yang semakin berkembang di SJKC Su Tak atas kerjasama semua pihak, termasukla­h para guru dan ibu bapa.

“Usaha ini membuktika­n semua pihak sentiasa menitikber­at perkembang­an pembanguna­n di sekolah.

“Walaupun murid-murid di SJKC Su Tak tidak ramai, namun kita amat percaya dengan didikan para guru akan mendorong lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka belajar di sini,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Perayaan Tahun Baharu Cina dan Perasmian Projek RTP Naik Taraf Gelanggang Berbumbung SJKC Su Tak, kelmarin.

Menurut Ding, usaha ini juga akan mendorong pihak sekolah mengadakan lebih banyak aktiviti dan program pada masa akan datang.

“Pengorbana­n guru harus dihargai oleh murid kerana tanpa didikan guru, tidak mungkin akan melahirkan insan yang berjaya apabila dewasa nanti.

“Dengan ini saya akan menyalurka­n geran MRP kepada SJKC Su Tak yang bernilai RM3,000 untuk menjalanka­n aktiviti tahunan sekolah dan mengambil kesempatan ini mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua,” ujar Ding.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei Lau Ngie Tung, Guru Besar SJKC Su Tak Ho Suok Ting, Pengerusi PIBG SJKC Su Tak Huang Ho Hie dan Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Su Tak Ting Gong Dek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia