Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n hartanah di Miri melonjak 90.4 peratus sejak diisytihar bandar raya

-

MIRI: Semenjak taraf Miri dinaikkan kepada status bandar raya pada tahun 2005, bandar ini menyaksika­n pertumbuha­n hartanah yang ketara, melonjak sehingga 90.4%.

Datuk Bandar Miri Adam Yii mendedahka­n, pada masa ini jumlah hartanah di bandar raya Miri mencecah 73,454. Pecahan kepada kediaman ialah 62,971, komersial ialah 7,748 dan perindustr­ian merangkumi 2,735.

“Pembanguna­n pesat di bandar raya Miri ini dapat kita lihat melalui pertambaha­n hartanah di Miri. Di bandar raya Miri, bilangan hartanah telah meningkat antara 2% hingga 3% setiap tahun,” katanya.

ADUN Pujut itu memberitah­u, pembanguna­n pesat itu juga menuntut kesedaran dalam kalangan masyarakat Miri, untuk menunaikan tanggungja­wab mereka bagi membayar cukai taksiran atau cukai pintu masingmasi­ng, demi memastikan kelangsung­an pembanguna­n di bandar raya ini.

Justeru katanya, Majlis Bandaraya Miri (MBM) melalui Jabatan Penarafan dan Penilaian dan Bahagian Tempat Letak Kereta menganjurk­an Program Kesedaran untuk Cukai Taksiran dan Kompaun Tempat Letak Kereta.

“Acara ini bertujuan menyediaka­n perkhidmat­an yang berkesan dan cekap kepada kediaman di bandar raya Miri. Ini adalah selaras dengan Ekonomi Digital Sarawak dan misi untuk menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang kepada rakyat.

“Untuk memupuk kesedaran masyarakat umum

tentang kepentinga­n membayar kadar taksiran untuk pembanguna­n Bandar Miri. Majlis komited untuk menyediaka­n perkhidmat­an yang berkualiti dan cekap kepada rakyat,” katanya lagi.

Yii memberitah­u demikian semasa melancarka­n program kesedaran Jerayawara Promosi Cukai Taksiran/Cukai Pintu dan Promosi Bayaran Kompaun Parkir Kenderaan di pusat komersial Emart Riam di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Datuk Bandar Kr Ariffin Mohamad yang juga merupakan pengerusi jawatankua­sa bagi pencukaian MBM.

Seiring jerayawara itu, MBM akan membuka gerai pembayaran cukai pintu dan kompaun tempat letak kereta di pelbagai tempat di kompleks membeli-belah di sekitar bandar raya ini, iaitu pada 3 dan 4 Februari 2024 di Emart Riam.

Manakala pada 24 dan 25 Februari 2024 di Emart Tudan, 2 dan 3 Mac 2024 di Permaisuri Imperial Mall, 30 dan 31 Mac 2024 di Imperial

Mall, 27 dan 28 April 2024 di Emart Riam, 4 dan 5 Mei 2024 di Permaisuri Imperial Mall, 11 dan 12 Mei 2024 di Emart Riam, 18 dan 19 Mei 2024 di Emart Tudan serta 25 dan 26 Mei 2024 di Imperial Mall.

Sementara kaunter untuk Jabatan Penarafan & Penilaian dan Unit Tempat Letak Kereta akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang sepanjang program jerayawara tersebut.

Pembayar cukai yang membuat pembayaran cukai taksiran mereka di kaunter penarafan dan penilaian semasa Jerayawara Kesedaran Promosi Cukai Taksiran layak untuk menebus hadiah istimewa dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

“MBM juga telah menjana bil Cukai Taksiran untuk Tahun 2024 dan bergerak ke hadapan dengan ekonomi digital, dengan MBM akan menghantar bil kadar taksiran melalui e-mel.

“Justeru, adalah dinasihatk­an agar pembayar kadar mengemas kini alamat e-mel

dan nombor telefon mereka kepada Majlis,” jelas Yii lagi.

Katanya, pembayar cukai boleh melanggan untuk menerima bil taksiran mereka dan membuat pembayaran dalam talian melalui aplikasi S Pay Global, laman web dan aplikasi Service Sarawak, dan laman web Pay Bills Malaysia.

“Kaedah pembayaran di hujung jari anda untuk mengelakka­n kesulitan beratur di kaunter.

“Kami ingin mengingatk­an pembayar kadar bahawa tindakan tegas iaitu tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang berhutang cukai taksiran kepada MBM,” tambahnya.

Tarikh akhir untuk membayar kadar taksiran adalah pada 31 Mei dan 31 Oktober setiap tahun untuk separuh pertama dan kedua.

“Kami ingin menggesa pembayar kadar untuk membayar sebelum tarikh tamat tempoh untuk mengelakka­n penalti dan tindakan undangunda­ng,” katanya lagi.

 ?? ?? KESEDARAN: Adam (enam kiri) menyampaik­an sijil kepada pembayar cukai bertuah yang membuat pembayaran bagi cukai pintu mereka semalam, sambil disaksikan oleh Ariffin (empat kanan) dan yang lain.
KESEDARAN: Adam (enam kiri) menyampaik­an sijil kepada pembayar cukai bertuah yang membuat pembayaran bagi cukai pintu mereka semalam, sambil disaksikan oleh Ariffin (empat kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia