Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Lutong rancang kerjasama dengan MBM anjur Earth Hour, Hari Tanpa Kereta

-

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia, JCI Cawangan Lutong, merancang untuk mengadakan kerjasama dengan Majlis Bandaraya Miri dalam penganjura­n acara Earth Hour 2024 dan Hari Tanpa Kereta Bandaraya Miri.

Perkara dibincangk­an oleh JCI Lutong bersama ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri, Adam Yii, ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau di bangunan SUPP Cawangan Pujut, semalam.

Kunjungan oleh delegasi JCI Lutong itu diketuai sendiri oleh presiden penggal 2024, Sheryl Lee bersama ahli-ahli jawatankua­sa exco lain yang dipilih bagi penggal yang sama.

Selain membincang­kan mengenai kerjasama untuk kedua-dua acara tersebut, Sheryl juga turut berkongsi pencapaian dan anugerah yang dimenangi JCI Lutong pada tahun 2023.

Beliau juga turut menyampaik­an taklimat mengenai rancangan tindakan 2024 oleh JCI Lutong termasuk MYY Usahawan yang merupakan penyemakan semula Little Boss 5.0, Brave Mentorship @ Kesedaran Kesihatan Mental dan Kempen Sisa Sifar yang menumpukan kepada Plastik Sekali Guna.

“JCI Lutong maklum bahawa isu sisa makanan merupakan masalah utama di Bandaraya Miri kerana ia merupakan salah satu perbelanja­an utama oleh pihak Majlis.

“Oleh itu, JCI Lutong akan membantu merancang dan memulakan beberapa projek untuk menangani isu ini melalui pemisahan sisa makanan dan amalan mampan terbaik,” demikian jelas Sheryl.

Beliau melahirkan rasa gembira kerana ia adalah lawatan yang sangat bermanfaat dengan perkongsia­n hebat dan perbincang­an yang berwawasan mengenai beberapa isu yang dihadapi di Bandaraya Miri dan bagaimana mereka boleh membantu menjadikan Miri sebuah bandar hijau untuk semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia