Utusan Borneo (Sarawak)

Kolaborati­f HRD Corp, UTS bangun komuniti rentan di Sibu

Tawar program latihan dalam kemahiran teknikal dan keusahawan­an bagi penuhi keperluan industri selari aspirasi SCORE

- Oleh Watt Zacchaeus Menteri Sumber Manusia

SIBU: Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong semalam mengumumka­n kerjasama baharu antara Human Resource Developmen­t Corporatio­n (HRD Corp) dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) untuk membangun serta menawarkan program latihan dalam kemahiran teknikal dan keusahawan­an bagi komuniti rentan di Sibu dan kawasan sekitarnya.

Pengumuman tersebut merupakan lanjutan daripada pertukaran Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Wira Shahul Dawood dan Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee turut menyaksika­n pertukaran tersebut bersama Naib Pengerusi Dewan Rakyat II merangkap Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kong Yieng dan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew.

Melalui kerjasama ini, HRD Corp dan UTS akan menawarkan program pembanguna­n kemahiran dalam bidang penyambung­an dan pemasangan elektrik praktikal, teknologi rumah pintar yang meliputi bidang-bidang seperti Internet of Things (IoT) dan sistem rumah pintar, integrasi peranti rumah pintar dan kemahiran keusahawan­an yang merangkumi perancanga­n perniagaan serta strategi asas, literasi kewangan termasuk penyusunan bajet, serta asas pemasaran dan penjenamaa­n.

Program latihan ini akan ditawarkan kepada komuniti berpendapa­tan rendah, individu yang kurang bernasib baik dari segi pendidikan, dan orang kurang upaya di Sibu dan kawasan sekitarnya.

Ini akan memperleng­kap mereka dengan kemahiran serta pengetahua­n elektrik dan elektronik yang diperlukan dalam industri, sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak di bawah Koridor

Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Ketika menyampaik­an ucapannya, Steven Sim berkata kerjasama antara HRD Corp dan UTS menyokong visi kerajaan Sarawak untuk memperkasa infrastruk­tur tenaga efisien dan tenaga boleh diperbahar­ui di bawah SCORE.

“Selain membekalka­n penduduk Sibu dan kawasan sekitarnya dengan kemahiran yang relevan dengan industri, kerjasama ini juga membantu mencipta bekalan tenaga pakar teknikal stabil yang boleh bekerja dalam pelbagai subsektor tenaga, terutamany­a dalam bidang teknologi kediaman pintar.

“Di Kementeria­n Sumber Manusia, kami komited sepenuhnya untuk menyokong keperluan negeri ini dalam usaha melahirkan pekerja mahir di bidang ini.

“Untuk itu, kami juga akan meneliti peluang untuk melibatkan kemahiran AI di samping kursus berkaitan dengan penyelesai­an inovatif untuk tenaga yang boleh diperbahar­ui dan efisien pada masa depan,” ujarnya.

Beliau juga berpendapa­t MoU ini adalah tepat pada waktunya kerana Sarawak dijangka akan menarik pelaburan bernilai RM300 bilion dalam sektor tenaga boleh diperbahar­ui.

Dalam skala kebangsaan, Peta Jalan Transisi Energi Nasional (NETR) dijangka menerima pelaburan bernilai RM2 trilion dalam sektor

tersebut menjelang tahun 2050.

Fokus ini juga telah membawa kepada peningkata­n permintaan rumah pintar serta bertenaga efisien di Sarawak.

“Ini mencipta keperluan yang lebih besar terhadap jurutera serta juruteknik elektrik dan elektronik untuk bekerja pada projek-projek ini yang mana permintaan­nya pada masa ini jauh melebihi bekalan,” katanya.

Sementara itu, Shahul berkata HRD Corp percaya latihan adalah keperluan dan bukan kemewahan.

“Oleh itu, adalah menjadi

misi kami untuk menyamarat­akan akses kepada pembelajar­an dan pembanguna­n untuk semua rakyat Malaysia, terutama komuniti yang memerlukan­nya.

“Kami berterima kasih atas sokongan Kementeria­n Sumber Manusia atas kerjasama ini, dan kami berbangga dengan usaha sama bersama UTS.

“Kami berharap dapat menyokong lebih ramai penduduk di Sibu untuk memperoleh kemahiran yang relevan untuk masa depan,” kata Shahul.

Dalam pada itu, bercakap bagi pihak UTS, Khairuddin berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan HRD Corp dan Kementeria­n Sumber Manusia untuk menawarkan program dan kepakaran mereka kepada lebih ramai penduduk Sarawak khususnya penduduk di Sibu.

“Struktur tiga modul memastikan pengalaman pembelajar­an menyeluruh bagi peserta. Dengan menggabung­kan kepakaran teknikal dengan kecekapan perniagaan, program ini tidak hanya melengkapi peserta dengan kebolehan yang diperlukan untuk pasaran kerja tetapi juga membina pemikiran keusahawan­an untuk penjanaan pendapatan. Kami percaya ini sejajar dengan matlamat lebih besar untuk mempromosi­kan kemandiria­n dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi komuniti,” katanya.

Kelas pengenalan pertama dijadualka­n berlangsun­g antara 17 Februari dan 2 Mac 2024.

Individu serta kumpulan yang akan menjadi perintis program ini telah dikenal pasti dan dipilih oleh UTS dan HRD Corp dengan kerjasama pertubuhan komuniti akar umbi, persatuan majikan, serta ketua-ketua komuniti dan industri setempat.

Di Kementeria­n Sumber Manusia, kami komited sepenuhnya untuk menyokong keperluan negeri ini dalam usaha melahirkan pekerja mahir di bidang ini.

Steven Sim Chee Keong

 ?? ?? KERJASAMA: (Dari kiri ke kanan) Timbalan Naib Cancelor (Academik) UTS Prof Ir Dr Mohammad Shahril Osman, Alice Lau, Shahul, Steven Sim, Khairuddin, Tiang, Ling semasa majlis penukaran memorandum persefaham­an tersebut.
KERJASAMA: (Dari kiri ke kanan) Timbalan Naib Cancelor (Academik) UTS Prof Ir Dr Mohammad Shahril Osman, Alice Lau, Shahul, Steven Sim, Khairuddin, Tiang, Ling semasa majlis penukaran memorandum persefaham­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia