Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi Tionghoa perlu teruskan khazanah seni kaligrafi Cina

-

muda kaum Tionghoa perlu mempelajar­i dan meneruskan tradisi seni kaligrafi yang menjadi lambang kebudayaan masyarakat itu terutama menjelang Tahun Baharu Cina.

Pereka grafik yang merupakan ahli Persatuan Seni Lukis Cina Kota Bharu Lee Her Shin, 32, berkata kemahiran melukis dan menulis kaligrafi Cina hanya boleh diasah melalui proses pembelajar­an dan latihan dilakukan secara berterusan.

Mula berkecimpu­ng dalam bidang lukisan kaligrafi pada 2019 dengan meneruskan legasi bapanya yang telah meninggal dunia, Lee bergerak atas kesedaran golongan pelapis perlu cakna terhadap seni dan kebudayaan.

“Orang muda perlu mengambil tahu tentang kesenian ini dan mula berlatih supaya ia tidak hilang ditelan arus kemodenan, mereka perlu mahir memegang berus, mengawal pergerakan tangan dan mengetahui kedudukan tangan yang betul ketika menulis atau melukis kaligrafi.

“Sekarang kita lihat kesedaran mereka terhadap kaligrafi semakin kurang dan hanya golongan tua yang tahu membuat kaligrafi apabila tiba musim tahun baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Baru di Gua Musang, kelmarin.

Bercerita lanjut Lee berkata latihan kaligrafi biasanya dibuat menggunaka­n kertas putih bergaris dan berkotak manakala kertas merah digunakan untuk menulis doa.

“Kertas putih dipanggil Xuanzhi ada garis dan kotak untuk menjadi panduan kedudukan aksara Cina yang betul bagi mereka yang mula belajar. Kertas merah atau Hongzhi pula digunakan pada Tahun Baharu Cina untuk mendoakan kebaikan dan harapan sepanjang tahun yang biasanya dipamerkan di pintu atau dinding rumah,” katanya.

Bagi penulis kaligrafi veteran Wong Weng Chong, 90, beliau berpendapa­t belia Tionghoa perlu digalakkan untuk menceburka­n diri di dalam khazanah kesenian berkenaan.

Beliau yang berpengala

man selama 27 tahun sebagai penulis kaligrafi berkata kemahiran

itu semakin kurang dihargai generasi muda ketika

ini.

“Mereka banyak melaku

kan aktiviti menggunaka­n teknologi seperti telefon bimbit dan tiada masa untuk mempelajar­i kaligrafi. Mungkin golongan ini rasa bahawa kaligrafi ini tidak menarik, jadi kita perlu mencari dan mencuri peluang untuk mengajar mereka bagi

menyambung warisan ini,” katanya.

Katanya usaha untuk memperkasa­kan khazanah berkenaan adalah tugas berat tetapi ia tetap perlu dilakukan untuk mengekalka­n tradisi masyarakat Cina. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SENI: Ahli Persatuan Seni Lukis Cina Kota Bharu Lee Her Shin, 32, (dua kiri, duduk) membuat lukisan kaligrafi di atas kertas merah atau Hongzhi sambil diperhatik­an oleh ahli Persatuan Buddha di Kampung Barudi, Gua Musang, kelmarin.
— Gambar Bernama SENI: Ahli Persatuan Seni Lukis Cina Kota Bharu Lee Her Shin, 32, (dua kiri, duduk) membuat lukisan kaligrafi di atas kertas merah atau Hongzhi sambil diperhatik­an oleh ahli Persatuan Buddha di Kampung Barudi, Gua Musang, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? MERUPAKAN DOA: Penulis kaligrafi veteran Wong Weng Chong, 90, menulis doa dalam kaligrafi Cina di atas kertas merah atau Hongzhi sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi di Kampung Baru, Gua Musang, kelmarin.
— Gambar Bernama MERUPAKAN DOA: Penulis kaligrafi veteran Wong Weng Chong, 90, menulis doa dalam kaligrafi Cina di atas kertas merah atau Hongzhi sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi di Kampung Baru, Gua Musang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia