Utusan Borneo (Sarawak)

RedONE beri lebih RM1.5 juta hadiah dan insentif tunai kepada rakan jualan

- Oleh Harshini Anantha Rao

Kapal kargo hanyut, tiada pencemaran berlaku: Nik Nazmi

redONE Network Sdn Bhd (redONE), pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) terbesar, menganjurk­an majlis Star Nite 2024 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Genting (GICC), Genting Highlands baru-baru ini.

Bertemakan ‘Asean,’ acara tahunan itu menyaksika­n lebih RM1.5 juta hadiah dan insentif tunai diberikan untuk menghormat­i pencapaian dan prestasi luar biasa rakan jualan redONE sepanjang 2023.

Malam gilang-gemilang itu bermula dengan persembaha­n kumpulan muzik memukau dan tarian singa bertenaga oleh pasukan Tarian Singa Master Siow yang tersohor.

Acara itu menyaksika­n kehadiran lebih 1,200 tetamu terkemuka termasuk pasukan pengurusan kanan redONE Malaysia, Thailand dan Singapura serta rakan jualan strategik.

Ia memaparkan pencapaian lebih daripada 50 rakan jualan di seluruh negara dalam 12 kategori, antaranya Rakan Prabayar dan Pascabayar, Jualan Kebangsaan dan Wilayah, Pengedar, Perekrutan Penasihat Jualan, Premier dan ‘Neighbourh­ood Centre’ di mana lebih RM500,000 insentif tunai telah diberikan.

Sorotan perayaan adalah penganuger­ahan Car Bonanza

yang sangat dinantinan­tikan di mana 20 kereta baharu dan motosikal EV bernilai hampir RM900,000 diberikan kepada rakan jualan yang layak yang telah menunjukka­n prestasi luar biasa pada 2023.

Kenderaan yang diberikan termasuk BYD ATT03 (x2), Blue Shark EV Bike (x10), Perodua Bezza (x4) dan Perodua Ativa (x4).

Rakan jualan redONE yang mencapai kecemerlan­gan dan layak untuk kategori Car Bonanza

Premier, Ong Yue Lun dari NTT Global Marketing dan Tay Sock Yoon dari Kesh Communicat­ions di Melaka, masing-masing memenangi BYD ATTO 3 yang sangat diidamkan.

Beberapa sesi cabutan bertuah juga diadakan di mana lebih daripada 30 pemenang membawa pulang peranti bernilai lebih daripada RM135,000.

Inisiatif baharu yang menarik untuk 2024 juga diumumkan pada acara itu, termasuk

pengumuman kerjasama signifikan dengan pemain bola sepak legenda Malaysia, Safee Sali yang akan berkhidmat sebagai Duta Jenama redONE.

Kerjasama ini melibatkan ikon bola sepak tersebut menyokong pelan tidak terhad Pascabayar UX50 redONE yang memberi ganjaran pelanggan dengan jersi eksklusif Safee Sali.

Hasil daripada jualan pelan itu akan disumbangk­an kepada Pusat Permata Kurnia,

sebuah sekolah pendidikan khas di bawah seliaan Kementeria­n Pendidikan.

Selain itu, redONE juga menzahirka­n komitmen untuk terus bekerjasam­a dengan kelab terkemuka bola sepak Liga Super Malaysia, PDRM FC selepas kejayaan kerjasama selama empat tahun yang menunjukka­n komitmen syarikat menyumbang kepada pembanguna­n sukan di negara ini.

Tahun 2024 juga akan menyaksika­n redONE menjalani pembaharua­n jenama sebagai sebahagian daripada kempen jenama baharu untuk lebih sesuai dengan audiens sasarannya dan kekal relevan dalam pasaran telekomuni­kasi yang sentiasa berubah.

Selain itu, syarikat juga mendedahka­n pelan 5G prabayar dan pascabayar menarik yang akan dilancarka­n tidak lama lagi. Butiran lanjut akan dikongsi melalui platform rasmi syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Ameen Amaendran semasa berucap pada majlis itu menyatakan rasa terima kasih kepada rakan kongsi atas komitmen tinggi mereka.

“Terima kasih kerana menjadi daya pendorong kejayaan redONE. Kami berharap acara ini bukan sahaja menjadi platform ganjaran atas dedikasi yang rakan kongsi kami tunjukkan sepanjang 2023, tetapi juga mengukuhka­n motivasi anda untuk memberikan yang terbaik.

“Bersama-sama dalam perjalanan ini, kami akan berusaha untuk kecemerlan­gan, mengejar batas dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Ini akan membuka jalan untuk pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menjadi rakan kongsi redONE boleh melawat redone. com.my atau menghubung­i Pengurus Saluran pasukan jualan redONE di pejabat negeri masing-masing.

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) telah melakukan pemantauan berterusan terhadap Kapal Atosa 01 yang hanyut dari kawasan labuhan Kemaman di Pantai Chendor, Kuantan, Pahang pada 30 Januari lepas sehingga semalam dan mendapati tiada sebarang pencemaran berlaku.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kapal itu tersadai kira-kira 15 meter berpunca daripada tali sauh kapal terputus akibat cuaca buruk yang berlaku pada 24 Januari di kawasan perairan Kemaman, Terengganu.

Beliau berkata pihaknya melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerima maklumat berhubung perkara berkenaan daripada Pejabat Laut Kemaman pada jam 10 pagi Selasa lepas.

“Kapal ini merupakan kapal kargo kering berdaftar di Freetown, Sierra Leone. Semasa kejadian, tiada sebarang kargo atau muatan di atas kapal, namun masih terdapat lebih kurang 18 tan minyak diesel yang berpotensi menyebabka­n berlakunya tumpahan minyak.

“Tiga kru yang masih berada di atas kapal semasa kejadian telah terjun ke laut bagi menyelamat­kan diri,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama

 ?? ?? GEMBIRA: Rakan jualan redOne dengan hadiah-hadiah mereka bernilai lebih daripada RM1.5 juta merakamkan kenangan pada majlis Star Nite 2024 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Genting (GICC), Genting Highlands baru-baru ini.
GEMBIRA: Rakan jualan redOne dengan hadiah-hadiah mereka bernilai lebih daripada RM1.5 juta merakamkan kenangan pada majlis Star Nite 2024 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Genting (GICC), Genting Highlands baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia