Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati keputusan Lembaga Pengampuna­n

Jangan terlanjur membuat komen di media sosial berhubung keputusan Lembaga Pengampuna­n kepada Datuk Seri Najib Tun Razak: Fahmi

- Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi

KUANTAN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memohon semua pihak untuk menghormat­i dan tidak terlanjur dalam membuat komen termasuk di media sosial berhubung keputusan Lembaga Pengampuna­n kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Perkara 42 (1) Perlembaga­an Persekutua­n menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk membuat sebarang keputusan, selain telah diputuskan dalam beberapa kes sebelum ini bahawa keputusan itu tidak boleh dipersoal di mahkamah.

“Kalau keputusan mahkamah tidak boleh dipersoal, saya mohon kita semua hormat (keputusan pengampuna­n). Jika kita terlanjur dalam beberapa komen, beberapa tindakan boleh diambil sama ada oleh polis atau Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Jadi, jangan sampai berlaku pelanggara­n undangunda­ng, adab, tatasusila dan jangan sentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja). Ini peringatan kepada semua. Jika ada mana-mana pihak yang menguji sistem itu, maka tindakan boleh diambil.

“Saya mohon supaya semua (untuk) cakna dan berwaspada (dalam membuat komen). Jangan sehingga tindakan diambil,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melakukan Ujian Kualiti Perkhidmat­an Selular di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) FELDA Bukit Goh di sini semalam.

Turut menyertai ujian itu Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC Bukhari Yahya dan Ketua Pengarang Bernama Nur-ul Afida Kamaludin.

Ditanya penerimaan rakan dan ahli parti terutamany­a UMNO memandangk­an ada yang berharap bekas Perdana Menteri itu dibebaskan, Fahmi optimis pimpinan parti dalam kerajaan MADANI akan bersama-sama menguruska­n perkara tersebut dengan baik.

“Kita perlu hadapi perkara ini bersama-sama dan kebersamaa­n ini pada saya, akan menjadi kekuatan. Isunya adalah kita perlu memberi penjelasan tentang proses dan apa yang boleh dilakukan. Tidak boleh melangkaui batas undang-undang, Perlembaga­an dan kita hormat institusi yang telah membuat keputusan,” katanya.

Kelmarin, Lembaga Pengampuna­n memaklumka­n bahawa hukuman penjara terhadap Najib dikurangka­n daripada 12 tahun ke enam tahun selain denda berjumlah RM210 juta dikurangka­n kepada RM50 juta.

Najib, 70, yang meringkuk di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyelewen­g RM42 juta dana SRC Internatio­nal, telah memfailkan petisyen untuk pengampuna­n diraja pada 2 September 2022.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi telah menjatuhi hukuman penjara 12

tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.

Selain itu, Fahmi juga berharap pimpinan politik, termasuk dari “parti sama dengan beliau” untuk bermuhasab­ah dan tidak terlalu pantas dalam memberi komen yang boleh mengguris hati sahabat dalam kerajaan MADANI, selain boleh membuka peluang kepada pihak yang hendak menangguk di air keruh.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang dilapor media beberapa hari lepas, mahu UMNO menukar pemimpinny­a, yang disifatkan Fahmi sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili parti.

“Saya ada menghubung­i beliau dan memberi teguran keras tentang ini. Beliau tidak patut mengeluark­an kenyataan seperti itu. Jangan jaga kain parti orang lain. Beliau sahabat dan orang yang saya hormati serta mempunyai

prinsip tetapi cara beliau tidak membantu.

“Kalau kita buat begitu, ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Bukan tempat saya untuk memberi teguran kepada mana-mana pimpinan atau ahli parti, namun kita mohon kerjasama dari semua dalam kerajaan MADANI,” katanya.

Fahmi berkata sekiranya terdapat teguran yang hendak dikemukaka­n, ia perlu dilakukan secara tertib dengan menyampaik­annya kepada pimpinan untuk diuruskan dengan baik. — Bernama

“Jadi, jangan sampai berlaku pelanggara­n undang-undang, adab, tatasusila dan jangan sentuh isu 3R (agama, bangsa dan raja). Ini peringatan kepada semua. Jika ada mana-mana pihak yang menguji sistem itu, maka ” tindakan boleh diambil.

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Fahmi (kanan) meninjau Ujian Perkhidmat­an Selular (Panggilan Suara) yang dijalankan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari Jalan Balok-Pintasan KuantanKot­a SAS-FELDA Bukit Goh di Kuantan semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Fahmi (kanan) meninjau Ujian Perkhidmat­an Selular (Panggilan Suara) yang dijalankan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari Jalan Balok-Pintasan KuantanKot­a SAS-FELDA Bukit Goh di Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia