Utusan Borneo (Sarawak)

Macron kecam pembunuhan dua pekerja bantuan Perancis di Ukraine

-

Presiden Perancis Emmanuel Macron kelmarin mengesahka­n dua pekerja bantuan Perancis telah terbunuh dalam serangan Rusia di Ukraine, mengecam serangan itu sebagai “keterlalua­n”.

Pihak berkuasa Ukraine menyatakan dua lelaki itu terkorban dalam serangan dron baru-baru ini di selatan Ukraine.

“Dua pekerja bantuan Perancis telah terkorban di Ukraine akibat serangan Rusia. Satu tindakan yang sangat bersifat pengecut dan keterlalua­n,” kata Macron menerusi platform X.

“Solidariti saya buat semua sukarelawa­n yang terlibat dalam membantu penduduk tempatan, tambahnya.

Menteri Luar Negara Stephane Sejourne menambah: “Rusia akan perlu menjawab bagi jenayahnya.”

Pegawai Ukraine menyatakan dua rakyat Perancis telah terkorban dan tiga rakyat asing lain tercedera pada Khamis di Beryslav, berhampira­n bandar Kherson di selatan Ukraine.

Polis Ukraine mengesahka­n mereka meninggal dunia akibat serangan dron.

Beryslav, yang terletak di Sungai Dnipro berhampira­n dengan barisan hadapan, telah sering kali menjadi sasaran oleh dron dan artileri Rusia.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyuaraka­n rasa berterima kasih bagi kerja-kerja tentera Perancis di negaranya yang dilanda peperangan.

“Keganasan Rusia tidak mengenal sempadan atau warganegar­a mangsanya.

“Pekerja bantuan Perancis yang berani membantu orang awam dan kami akan selalu berterima kasih dengan sikap kemanusiaa­n mereka.

“Ucapan takziah saya buat orang tersayang mereka,” tulis Zelensky di media sosial.

Di Paris, pejabat antipengga­nas bagi pendakwa raya kelmarin mengumumka­n ia telah membuka siasatan jenayah perang, khusus bagi satu serangan terhadap seorang pekerja bantuan, bukan pejuang di bawah undang-undang antarabang­sa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia