Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Pakistan dakwa bunuh 24 militan BLA

-

Sekurang-kurangnya 24 militan terbunuh pada minggu ini sejak pihak pemisah Baloch melancarka­n beberapa serangan di sebuah bahagian terpencil di barat daya Pakistan, menurut pihak tentera kelmarin.

Kumpulan itu melancarka­n serangan ke atas sebuah kawasan fasiliti kerajaan di Mach, kira-kira 200 kilometer dari sempadan Iran di wilayah Balochista­n semalaman pada Isnin.

“Pengganas ini kemudian diburu dalam operasi pembersiha­n dan sanitisasi yang sekarang telah dihentikan selepas membersihk­an dan memastikan keselamata­n kawasan tersebut,” menurut satu kenyataan dari sayap media tentera.

Empat kakitangan keselamata­n dan dua warga awam telah terbunuh ketika serangan dan kemudian serbuan yang dilakukan.

Tentera Pembebasan Balochista­n (BLA), sebuah kumpulan etnik Baloch yang diharamkan, mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan dalam satu kenyataan menerusi media sosial.

Dalam peringkat awal untuk pilihan raya pada Khamis, lebih 12 serangan bom tangan dan senjata telah dilaporkan di wilayah itu.

Suruhanjay­a pilihan raya Pakistan menyatakan pilihan raya akan diteruskan seperti yang dirancangk­an, selepas meminta mesyuarat tergempar bagi kakitangan keselamata­n pada Rabu.

Sekurang-kurangnya dua calon terbunuh ketika kempen – bukan luar biasa di negara Asia Selatan di mana pilihan raya yang dicemari keganasan, dengan para calon dan rali disasarkan oleh kumpulan militan termasuk melibatkan dendam peribadi.

Islamabad sejak beberapa dekad telah menentang puak pemisah etnik di Balochista­n, wilayah paling besar di Pakistan namun termiskin walaupun kaya dengan sumber semula jadi.

Penduduk tempatan mendakwa mereka tidak memperoleh­i bahagian yang adil daripada sumber minyak dan gas, dengan wilayah itu secara konsisten berada di kedudukan bawah bagi indikator pembanguna­n manusia di Pakistan.

Kumpulan hak asasi berkata serangan ketenteraa­n ke atas penduduk etnik Baloch termasuk kehilangan secara paksaan dan pembunuhan tanpa perbicaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia