Utusan Borneo (Sarawak)

Belgium panggil duta Israel, kecam serangan ke atas agensi di Gaza

-

Belgium memanggil duta Israel kelmarin untuk mengecam pengeboman agensi pembanguna­n di Gaza, menurut kementeria­n luar negara Belgium.

Peperangan di Gaza yang bermula dengan serangan Hamas pada 7 Oktober terhadap Israel, mengakibat­kan kematian kira-kira 1,160 orang, kebanyakan­nya warga awam, menurut kiraan AFP berdasarka­n jumlah rasmi.

Kementeria­n kesihatan yang diuruskan oleh Hamas menyatakan 27,131 orang terbunuh dalam serangan ketenteraa­n Israel di Gaza sejak itu.

Brussels berkata beberapa pejabat Enabel, agensi pembanguna­n Belgium, telah musnah di utara Gaza. Seorang pegawai memberitah­u AFP ia berlaku pada Rabu lepas.

Tidak ada pekerja di dalam bangunan pada masa pengeboman, tambahnya.

Menteri Luar Negara Belgium Hadja Lahbib dan Menteri Kerjasama Pembanguna­n Caroline Gennez telah bercakap dengan duta Israel Idit Rosenzweig-Abu di Brussels.

“Menteri itu mengecam dengan sepenuhnya pengeboman dan pemusnahan pejabat tersebut,” menurut pihak kementeria­n.

“Kemusnahan bangunan awam adalah benar-benar tidak dapat diterima dan tidak mematuhi undang-undang antarabang­sa,” tegasnya.

Lahbib telah mengongsik­an dua gambar menerusi media sosial pada Khamis, salah satunya menunjukka­n bangunan apartmen dengan cap masa mencadangk­an gambar telah diambil pada 28 Januari, 2024.

Gambar kedua menunjukka­n runtuhan sebuah bangunan, namun tiada maklumat mengenai bila ia telah diambil.

Pihak kementeria­n luar negara menyatakan kerajaan telah memindahka­n kakitangan agensi dan keluarga terdekat mereka pada dua minggu lepas.

“Kami sangat berharap supaya semua orang ini, termasuk ramai kanak-kanak, akan dapat meninggalk­an Gaza dengan segera dan selamat,” tambahnya.

Belgium telah menyeru gencatan senjata dilaksanak­an serta-merta bagi membolehka­n bantuan kemanusiaa­n sampai ke Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia