Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola: Haaland gembira berada di Man City

-

Pep Guardiola kelmarin menolak ura-ura bahawa Erling Haaland tidak berpuas hati di Manchester City, menegaskan pemain Norway itu bersedia untuk membuat permulaan pertamanya selepas dua bulan.

Kebelakang­an ini, media Sepanyol telah membuat spekulasi bahawa Haaland boleh membelakan­gkan City untuk Real Madrid selepas dia diabaikan dalam anugerah individu walaupun anak-anak buah Guardiola memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA musim lalu.

Bagaimanap­un, Guardiola berkata pemain berusia 23 tahun itu akan kembali tersenyum apabila dia cergas selepas mengalami kecederaan kaki.

“Anda perlu bertanya kepada media dari Madrid sama ada dia tidak berpuas hati,” kata Guardiola pada hari Jumaat.

“Kami tidak berperasaa­n bahawa dia tidak berpuas hati. Kerana dia tidak dapat bermain - dia mengalami kecederaan selama dua bulan - tetapi mungkin media dari Sepanyol, terutamany­a Madrid, mempunyai lebih banyak maklumat daripada kami.”

Haaland membuat kemunculan semula sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua semasa City menang 3-1 ke atas Burnley pada hari Rabu.

Juara Inggeris itu tidak beraksi sehingga Isnin apabila mereka bertandang ke Brentford.

“Ya, dia sudah bersedia (untuk bermula),” tambah Guardiola.

“Semua orang bersedia sekarang memandangk­an mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Jika mereka berada di bangku simpanan, mereka sudah bersedia.”

Haaland gagal menjaringk­an gol semasa dia kembali, tetapi kekal sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 14 gol dalam 16 penampilan musim ini.

Dan Guardiola yakin jaringan itu akan ditambah dengan cepat sekali lagi apabila pemain azimatnya itu mencapai kelajuan penuh.

“Dia bermain 25 minit dan setiap peralihan, setiap hantaran, semua pemain memandangn­ya. Saya tahu betapa pentingnya dia untuk kami,” kata Guardiola.

 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Haaland menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man City dan Burnley di Stadium Etihad pada 31 Januari lalu.
— Gambar AFP GEMBIRA: Haaland menyaksika­n perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man City dan Burnley di Stadium Etihad pada 31 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia