Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: PSG tundukkan Strasbourg 2-1

Mbappe ledak gol pembukaan pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Meinau

-

STRASBOURG: Sepakan penalti Kylian Mbappe diselamatk­an tetapi dia dihadiahka­n gol pembukaan ketika juara Paris Saint-Germain (PSG) mengenepik­an Strasbourg yang bertenaga 2-1 di tempat lawan dalam Ligue 1 semalam.

PSG kini mengumpul 47 mata daripada 20 perlawanan dengan Nice duduk di tempat kedua dengan 38 mata manakala Brest di tempat ketiga dengan 35 mata.

“Mereka memberi tekanan tinggi kepada kami, kami tidak cukup tepat, tetapi kami memainkan perlawanan yang bagus menentang lawan yang mempunyai dinamik yang baik dan menggadaik­an segala-galanya,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique.

Kelab Alsace pimpinan Patrick Vieira terus merembat ke sasaran dari awal dan Gianluigi Donnarumma menghentik­an cubaan itu dengan bahunya pada minit pertama.

Dan pada penampilan sulung di Ligue 1 untuk penjaga gol Strasbourg, Alaa Bellaarouc­h, 22 tahun, dia berjaya menyelamat­kan sepakan penalti Mbappe pada minit kelima, mengecewak­an bintang bola sepak itu.

Mbappe bagaimanap­un menjaringk­an gol liga ke20nya musim ini dengan merembat bola ke gol yang ternganga selepas penyelamat­an lemah penjaga gol muda itu.

Mbappe kemudian menjadi pembantu pada awal separuh masa kedua dengan bola tengah yang disudahkan secara

klinikal oleh Marco Asensio.

Strasbourg yang banyak pemain muda membalas gol apabila hantaran lintang menemui Dilane Bakwa yang berseorang­an di tiang dan pukulan licik penyerang berusia 21 tahun itu tidak memberi peluang kepada Donnarumma.

Bakwa melakukan rembatan

dari kedudukan yang sama namun ia melepasi palang sepuluh minit sebelum perlawanan tamat dengan jurulatih PSG, Luis Enrique kelihatan bimbang di tepi padang.

Bekas kapten Perancis, Vieira mendedahka­n “kekecewaan­nya” dan telah dilayangka­n kad merah kerana bertengkar dengan pengadil.

“Tetapi saya berpuas hati dengan persembaha­n, kami memberi mereka banyak masalah, kami bermain dengan watak,” katanya.

Perlawanan kali ini tidak berulang seperti perlawanan yang menyaksika­n PSG mensia-siakan pendahulua­n dua gol dengan keputusan seri di tempat sendiri menentang Brest pada Ahad lalu, walaupun penyokong tuan rumah memberi sokongan penuh kepada pasukan di Stade de la Meinau.

“Mereka memberi tekanan tinggi kepada kami, kami tidak cukup tepat, tetapi kami memainkan perlawanan yang bagus menentang lawan yang mempunyai dinamik ” yang baik. Luis Enrique Jurulatih PSG

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Strasbourg dan PSG di Stadium Meinau. PSG menang 2-1.
— Gambar AFP HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Ligue 1 Perancis di antara Strasbourg dan PSG di Stadium Meinau. PSG menang 2-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia