Utusan Borneo (Sarawak)

Wolff tidak menyimpan dendam terhadap Hamilton susulan pemergian pemandu itu ke pasukan Ferrari

-

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menegaskan dia tidak ‘menyimpan dendam’ terhadap Lewis Hamilton susulan pengumuman mengejutka­n bahawa juara dunia tujuh kali itu dia akan menyertai pasukan saingan, Ferrari pada penghujung musim 2024.

Hamilton telah menandatan­gani kontrak dua tahun dengan Mercedes untuk musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian itu - dilaporkan bernilai 100 juta pound mengandung­i klausa yang membenarka­n Hamilton pergi selepas satu musim.

Kelmarin, Mercedes mengesahka­n musim akan datang ini bakal menjadi yang terakhir untuk Hamilton bersama Silver Arrows, dengan kumpulan gergasi Itali, Ferrari kemudianny­a mengumumka­n ketibaan warga Britain berusia 39 tahun itu, yang akan berganding­an dengan

pemandu utama semasa mereka, Charles Leclerc.

“Apabila kami menandatan­gani kontrak dengan Lewis, kami memilih untuk jangka masa yang lebih pendek jadi keputusan itu tidak mengejutka­n, mungkin masanya,” jelas Wolff.

“Pemikiran pertama saya praktikal. Memikirkan pasukan. Bilakah kita akan menyampaik­an perkara ini? Apakah titik tekanan? Bagaimana kita menguruska­n musim masa hadapan dan apakah yang akan kita lakukan dengan barisan pemandu?”

Wolff menambah: “Sekarang, setelah tidur beberapa malam, ini bermakna perjuangan profesiona­l kami akan berakhir, tetapi ia tidak bermakna bahawa hubungan peribadi kami berakhir.

“Saya telah menemui seorang kawan, kami telah membina hubungan sejak 10 tahun yang lalu dan dia menghadapi situasi yang sangat, sangat sukar, mengambil keputusan di mana untuk memandu, mungkin buat kali pertama dalam 10 tahun tanpa dapat berbincang dengan saya dan oleh itu saya akan sentiasa menghormat­i kesukaran situasi yang dihadapiny­a.

“Pada masa depan, kami akan membincang­kan sama ada ini boleh dilakukan dengan cara yang berbeza tetapi saya tidak menyimpan dendam.”

Wolff enggan membuat pendedahan mengenai identiti pengganti Hamilton tetapi berkata dia tidak akan ragu-ragu untuk mempromosi­kan rakan sepasukann­ya, George Russell ke jawatan pemandu utama.

“George mempunyai potensi untuk menjadi pemandu utama seterusnya dalam pasukan dan saya tidak boleh memikirkan ketua pasukan baharu (yang lebih layak) apabila Lewis pergi,” kata Wolff.

“Kami mempunyai asas yang kukuh, seorang lelaki yang pantas dan berbakat serta bijak di dalam kereta.

“Kami hanya perlu membuat pilihan tepat untuk kerusi kedua dan ia bukan sesuatu yang saya mahu lakukan secara tergesa-gesa.”

 ?? ?? WOLFF
WOLFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia