Utusan Borneo (Sarawak)

Vinicius jadi ‘duta teladan pendidikan untuk semua’

-

Agensi kebudayaan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) kelmarin menamakan pemain bola sepak Brazil, Vinicius Junior sebagai ‘duta teladan pendidikan untuk semua’.

Penyerang Real Madrid berusia 23 tahun itu berkata menjadi wakil UNESCO adalah ‘lebih daripada satu penghormat­an’.

“Ia satu pencapaian dan tugas yang akan saya pikul sepanjang hayat saya,” katanya pada majlis di padang latihan kelab di Madrid.

“Sudah tentu, saya mahu diiktiraf sebagai pemain yang hebat, dan juga sebagai warganegar­a yang cuba membuat perubahan.”

Pengerusi UNESCO, Audrey Azoulay berkata Vinicius telah dipilih kerana bukan sahaja dia merupakan “pemain bola sepak yang luar biasa” tetapi juga “pejuang komited untuk peluang sama rata dalam pendidikan di Brazil”.

Vinicius, yang berkali-kali menjadi sasaran penghinaan perkauman di Sepanyol, telah menjadi pemimpin dalam memerangi perkauman dalam bola sepak.

Pada 2021, beliau menubuhkan Institusi Vini Jr. untuk membantu kanakkanak dan remaja Brazil dari kawasan kejiranan yang kurang bernasib baik untuk kembali ke sekolah, menurut UNESCO.

Tahun lalu, Vinicius menduduki tempat keenam dalam undian Ballon d’Or dan memenangi anugerah Socrates, dinamakan sempena ikon bola sepak Brazil, sebagai pengiktira­fan atas sumbangan kemanusiaa­nnya.

Dia ditandatan­gani oleh Madrid dengan perjanjian 45 juta euro dari kelab Brazil Flamengo semasa masih remaja, dan dia bersedia untuk kekal bersama pasukan Sepanyol itu sehingga 2027.

UNESCO menganggar­kan bahawa 250 juta kanak-kanak dan remaja tidak berpeluang untuk ke sekolah, dengan kurang peluang sosial menjadi salah satu sebab utama mereka berhenti daripada meneruskan pendidikan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SATU PENGHORMAT­AN: Vinicius Jr. ditemani adik lelakinya, Bernardo bertemu dengan Pengarah Besar UNESCO, Audrey Azoulay selepas dilantik jadi ‘duta teladan pendidikan untuk semua’ di Stadium Alfredo Di Stefano di Madrid.
— Gambar AFP SATU PENGHORMAT­AN: Vinicius Jr. ditemani adik lelakinya, Bernardo bertemu dengan Pengarah Besar UNESCO, Audrey Azoulay selepas dilantik jadi ‘duta teladan pendidikan untuk semua’ di Stadium Alfredo Di Stefano di Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia