Utusan Borneo (Sarawak)

Fury alami ‘luka dahsyat’

Petinju itu terpaksa tunda perlawanan­nya menentang Usyk akibat kecederaan semasa latihan

- Petinju Britain — AFP

LONDON: Tyson Fury terpaksa menangguhk­an pertarunga­nnya dengan Oleksandr Usyk selepas peninju kelas berat Britain itu mengalami ‘luka dahsyat’ di bahagian atas matanya semasa sesi latihan di Riyadh, menurut Queensberr­y Promotions kelmarin.

Gelaran Majlis Tinju Dunia Fury (WBC) dan tali pinggang Usyk dari Ukraine dalam Persatuan Tinju Dunia (WBA), Persekutua­n Tinju Antarabang­sa (IBF) dan Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) bersedia untuk direbut di Arab Saudi pada 17 Februari.

Sebaliknya, penantian untuk mencari juara pertama tinju kelas berat sejak Lennox Lewis pada tahun 2000 telah ditangguhk­an ke tarikh yang belum ditentukan.

“Saya benar-benar kecewa selepas bersedia untuk pertarunga­n ini untuk sekian lama dan berada dalam keadaan hebat,” kata Fury yang tidak dapat ditewaskan dalam satu kenyataan.

“Saya berasa sedih untuk semua orang yang terlibat dalam acara besar ini dan saya akan berusaha dengan gigih untuk ke arah tarikh yang dijadualka­n

Saya berasa sedih untuk semua orang yang terlibat dalam acara besar ini dan saya akan berusaha dengan gigih untuk ke arah tarikh yang dijadualka­n semula sebaik sahaja mata telah sembuh. Saya hanya boleh memohon maaf kepada semua yang terjejas.

semula sebaik sahaja mata telah sembuh. Saya hanya boleh memohon maaf kepada semua yang terjejas.”

Queensberr­y berkata luka itu, di atas mata kanan Fury, “memerlukan rawatan perubatan segera dan jahitan yang banyak”.

“Walaupun ini masih mengejutka­n, jelas ia satu kekecewaan besar, selepas kerja yang telah dilakukan oleh begitu ramai orang untuk menyampaik­an acara bersejarah ini kepada dunia,” tambah jurucakap Queensberr­y.

“Apabila doktor menilai mata Tyson, kami akan mendapat penjelasan lebih baik tentang tempoh pemulihan yang diperlukan.

“Apabila sudah diketahui, kami akan bekerja dengan gigih dengan semua pemegang saham dan Kerajaan Arab Saudi untuk menjadualk­an semula pertarunga­n ini secepat mungkin.”

Fury akan menyertai pertarunga­n dengan Usyk yang dipandang tinggi selepas kemenangan kontrovers­inya ke atas bekas juara seni mempertaha­nkan diri campuran, Francis Ngannou, yang membuat penampilan sulungnya dalam tinju.

Fury yang berusia 35 tahun itu menambah di Instagram: “Saya tidak dapat mengelak kecederaan dalam latihan tetapi

Tyson Fury

apa yang saya boleh katakan ialah Usyk berada dalam masalah kerana saya berada dalam keadaan yang hebat.

“Saya akan menjadualk­annya semula secepat mungkin. 2024 tahun yang besar untuk pasukan GK (Raja Gypsy, nama panggilan Fury).”

 ?? ?? FURY
FURY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia