Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga langkah untuk kemajuan dan kejayaan dalam hidup

-

Kemajuan anakanak amat perlu diberi penekanan dan mereka harus mempunyai tiga langkah untuk mencapai kejayaan hidup iaitu mereka mesti ada cita-cita yang ingin dicapai, beri penghormat­an kepada ibu bapa dan guru dengan merangka disiplin diri dan sentiasa berdoa kepada mereka dan mempelajar­i cara memperoleh­i pendapatan dan kewangan.

Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu membayangk­an detik untuk negeri Sarawak mencapai negeri termaju dalam Malaysia sebagaiman­a aspirasi harapan Kerajaan GPS cuma tinggal lebih 2,000 hari menjelang tahun 2030.

Katanya, untuk mencapai aspirasi tersebut kesungguha­n pelajar dalam menimba ilmu pendidikan amat dituntut agar dapat memperoleh­i keputusan yang cemerlang dalam peperiksaa­n awam yang akan ditempuhi serta berjaya merancakka­n persaingan dan menceburi peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai industri di negeri ini.

“Untuk merealisas­ikan aspirasi yang diwar-warkan perlunya untuk setiap pelajar merangka kecemerlan­gan pembelajar­an masing-masing dan berjaya dalam setiap langkah pendidikan di sekolah.

“Ini kerana pendidikan mengubah cara hidup dan mengubah kehidupan semua.

“Kita yakin akan berjaya merealisas­ikan aspirasi ini kerana kerajaan Sarawak mempunyai pengurusan kewangan yang baik, cara mengurus cukai yang tepat dan dapat menyumbang kepada pendapatan yang menyumbang hingga berbilion ringgit.

“Oleh itu perancanga­n yang betul oleh setiap rakyat di negeri ini boleh menyumbang kepada kejayaan yang dirangka serta dapat mencapai impian yang dihasratka­n dengan kecemerlan­gan yang digapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Tingkatan Enam dan Anugerah Pencapaian Cemerlang SMK Saint Augustine Sesi Persekolah­an 2023-2024 di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong dekat sini, baru-baru ini.

Tambahnya, guru diharap lebih tekun dalam memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar kerana tanpa guru yang berdedikas­i pelajar hanya akan menjadi orang biasa saja dan tidak mampu bersaing dengan pelajar lain.

Beliau turut menyumbang dana RM20,000 bagi menampung penganjura­n majlis dan keperluan sekolah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu@Aman Begri, Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason, Yang Dipertua PIBG Kaunselor Horace Entoi, Pengetua Ujai Sambau serta tetamu jemputan dan ibu bapa.

 ?? ?? ANUGERAH: Rentap menyampaik­an hadiah kepada pelajar.
ANUGERAH: Rentap menyampaik­an hadiah kepada pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia