Utusan Borneo (Sarawak)

Lima tan sampah dikutip menerusi program Pembersiha­n di Pusat Penjaja Maong Tengah

-

Sebanyak lima tan sampah berjaya dikutip menerusi program Pembersiha­n di Pusat Penjaja Maong Tengah, kata Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman.

Beliau berkata, program itu merupakan kerjasama strategik DBKU bersama Kumpulan Sukarelawa­n Pekerja Belia Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan (ASEZ WAO) Cawangan Kuching.

Menurutnya, ia dianjurkan sebagai inisiatif untuk menjaga dan memelihara kebersihan persekitar­an khususnya daripada aspek kesihatan orang awam.

“Syukur alhamuduli­llah program satu hari ini berjalan lancar di mana kesemua sampah sekitar kawasan Pusat Penjaja Maong Tengah berjaya dibersihka­n oleh seramai 40 sukarelawa­n termasuk lima daripadany­a adalah dari Korea Selatan.

“Apatah lagi progran ini merupakan salah satu daripada usaha kita untuk menguruska­n sisa dengan baik demi menjamin kesejahter­aan dan kebersihan alam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program pembersiha­n di Pusat Penjaja Maong Tengah

di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an orang ramai agar tidak sewenangse­wenangnya membuang sampah secara haram.

“Janganlah kita melakukan perkara yang tidak baik ini kerana tindakan membuang sampah secara haram atau merata-rata tempat boleh menyebabka­n pelbagai kesan negatif,” katanya.

Salah satu kesan negatif tersebut kata Hilmy, ia boleh menyebabka­n parit tersumbat sehingga berlaku banjir kilat.

“Ini kerana menerusi tinjauan, kita dapati terdapat tayar lama bersaiz besar di buang di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyebabka­n parit tersumbat.

“Justeru, saya menggesa orang ramai untuk mengikis tabiat buruk ini dengan memainkan peranan membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan telah disediakan,” ujarnya.

Hadir sama Pengurus ASEZ WAO Cawangan Kuching Daniel Leem Jalang, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komuniti DBKU Rudzaimer Malek serta wakil yang lain.

 ?? ?? PEMBERSIHA­N: Hilmy bersama sukarelawa­n ASEZ WAO Cawangan Kuching dan DBKU bergambar pada program Pembersiha­n di Pusat Penjaja Maong Tengah semalam.
PEMBERSIHA­N: Hilmy bersama sukarelawa­n ASEZ WAO Cawangan Kuching dan DBKU bergambar pada program Pembersiha­n di Pusat Penjaja Maong Tengah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia