Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat hemodialis­is akan dibangun di Beladin dan Kabong selain Spaoh

-

Pusat hemodialis­is akan dibangunka­n di Beladin dan Kabong selain Spaoh, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Uggah, perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat Agensi Pembanguna­n Bahagian Betong (BDDA) baru-baru ini.

Uggah yang juga pengerusi BDDA berkata setiap pusat bernilai RM5 juta itu akan dibina pada tahun ini.

“Agensi akan membayar untuk pembinaan dan peralatan atau mesin yang diperlukan.

“Kita juga akan memperting­katkan pusat sedia ada di Debak.

“Apabila semua pusat ini beroperasi, ia akan mengurangk­an kesesakan di Hospital Betong dan Pusat Hemodialis­is Debak,” katanya selepas merasmikan ceramah motivasi pendidikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi tujuh sekolah rendah di Debak, semalam.

Pada majlis itu, Uggah menyeru ibu bapa supaya memainkan peranan masingmasi­ng dalam memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan terbaik.

Beliau turut mengingatk­an ibu bapa dan pelajar, Kerajaan Sarawak kini menceburi beberapa industri baharu, pintar dan teknologi tinggi, yang memerlukan lebih ramai ahli teknologi, jurutera dan profesiona­l lain.

“Jadi apa yang saya katakan di sini adalah agar lebih ramai anak-anak kita digalakkan mengikuti mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik atau STEM.

“Pada masa yang sama, mereka mesti memupuk tabiat membaca untuk menambah pengetahua­n dan mengikuti perkembang­an baharu dunia hari ini, “katanya.

Pada majlis itu Uggah diiringi Setiausaha Politik Premier Sarawak Riseline Mapong, menyumbang set komputer kepada tujuh sekolah rendah di sini.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Uggah (dua kiri) menyerahka­n set komputer dan pencetak kepada Guru Besar SJKC Chung Hua Spaoh Lai Ngit Sin.
KEMUDAHAN: Uggah (dua kiri) menyerahka­n set komputer dan pencetak kepada Guru Besar SJKC Chung Hua Spaoh Lai Ngit Sin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia