Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri santuni 140 penerima bantuan

-

Kira-kira 140 ibu tunggal dan ketua keluarga miskin di sini menerima angpau dan barangan keperluan harian sumbangan Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri semalam.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting berkata, sumbangan tersebut diharap dapat menceriaka­n golongan itu sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

“Persatuan Wanita Penyayang Bandaraya Miri telah menjadikan program ini sebagai aktiviti tahun yang banyak membantu golongan memerlukan dalam persiapan meraikan TBC,” katanya semasa penyerahan sumbangan di Dewan Saha’ti di sini.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau memberitah­u, sumbangan sedemikian meskipun bukan jumlah yang besar tetapi cukup menceriaka­n golongan berkenaan.

“Kita berterima kasih kepada semua pihak terutama mereka yang turut menghulurk­an sumbangan untuk diagihkan kembali kepada golongan B40 dan miskin,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Kapitan Chan Chai Ping berkata, pihaknya tidak dapat melaksanak­an program sedemikian tanpa sumbangan dana daripada orang awam dan wakil rakyat.

“Persatuan juga berterima kasih kepada Ting yang sentiasa tampil menyalurka­n dana untuk kami melaksanak­an pengagihan bantuan TBC setiap tahun,” ujarnya.

Menurutnya, terdapat pertambaha­n penerima bantuan TBC pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya namun ia tidak menghalang mereka untuk menyediaka­n bantuan secara sama rata.

Persatuan itu berharap bantuan ini sekurangku­rangnya dapat meringanka­n beban perbelanja­an harian mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut TBC tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia