Utusan Borneo (Sarawak)

Industri pelanconga­n Miri akan terus berkembang: Abdul Karim

-

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis industri pelanconga­n di Miri akan terus berkembang dan melonjakka­n ke satu aras yang lebih tinggi.

Ini kerana Miri katanya, mempunyai banyak produk yang boleh ditawarkan kepada pelancong khususnya Taman Negara Mulu yang banyak menarik pelancong dari Eropah dan seterusnya Taman Negara Niah.

“Sudah pasti ini akan membawa ekonomi Miri melonjak ke satu aras baharu yang lebih tinggi dalam industri pelanconga­n,” katanya semasa berucap merasmikan Bazar Gong Xi Miri 2024 di pekarangan bekas bangunan Pejabat Residen dan Daerah Miri di hadapan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) kelmarin.

“Meskipun berdepan pandemik COVID-19 sebelum ini, namun kita mampu bertahan dan mengembali­kan semula keyakinan rakyat. Saya optimis bahawa penganjura­n Bazar Gong Xi ini akan menjadi acara yang lebih besar dari tahun ke tahun yang akan datang,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak berkata, penganjura­n Bazar Gong Xi Miri oleh MCCCI dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM) juga mencermink­an perpaduan dan toleransi kaum yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Justeru sebagai tanda sokongan kerajaan negeri bagi memastikan penganjura­n Bazar Gong Xi Miri yang lebih besar dan meriah pada tahun depan, lebihlebih lagi sempena sambutan ulang tahun ke-20 Miri dinaik taraf menjadi bandar raya pada 2005, Abdul Karim turut menjanjika­n peruntukan berjumlah RM150,000 kepada pihak penganjur, MCCCI dan MBM.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan merangkap Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Dato Dennis Ngau, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii serta Naib Pengerusi MCCCI Vincent Lu, yang juga pengerusi penganjur bersama.

Terdahulu dalam ucapannya Yii menyampaik­an ucapan terima kasih kepada Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak atas sokongan tidak berbelah bahagi dan sokongan kewangan yang membolehka­n Bazar Gong Xi Miri dianjurkan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Dengan sokongan kementeria­n, kami dapat menjayakan majlis yang bermakna untuk komuniti kami dan pengunjung dari luar Miri.

“Komitmen kementeria­n terhadap acara kebudayaan dan komuniti seperti bazar adalah tidak ternilai dalam mempromosi­kan permaidani Sarawak yang kaya dengan tradisi dan warisan di persada global,” katanya.

Yii menambah, acara itu juga memainkan peranan penting dalam visi pihaknya yang lebih luas untuk Miri yang mengubah bandar raya

itu menjadi ‘Bandar Peranginan Antarabang­sa Yang Hijau, Pintar dan Paling Boleh Didiami’.

“Bazar ini merupakan pameran komitmen kami terhadap visi ini, menawarkan gambaran tentang budaya yang bertenaga, persekitar­an yang indah dan semangat inovatif yang mentakrifk­an Miri,” katanya.

Beliau berkata bazar tersebut boleh menarik pelancong dan pelawat ke bandar raya ini, melalui acara seperti ini dan merupakan strategi utama dalam pelan pembanguna­n bandarnya, kerana ia memberikan rangsangan ekonomi kepada perniagaan tempatan serta meletakkan Miri dalam peta sebagai destinasi pelanconga­n budaya.

Beliau seterusnya menambah bahawa acara itu menekankan dedikasi MBM terhadap kemampanan dan inovasi.

“Daripada amalan mesra alam yang dilaksanak­an dalam penganjura­n bazar kepada penggunaan teknologi pintar untuk meningkatk­an pengalaman pelawat, kami menunjukka­n keupayaan Miri untuk menjadi peneraju dalam pembanguna­n bandar yang mampan.

“Kami berharap kami dapat memberi inspirasi kepada

bandar dan komuniti lain untuk menerima penyelesai­an hijau dan pintar yang memberi manfaat kepada manusia dan planet ini,” katanya.

Dalam ucapan alu-aluannya pula Lu memberitah­u, tahun ini Bazar Gong Xi Miri memasuki edisi ke-20 dengan simbol kepelbagai­an dan keterangku­man yang merentasi sempadan budaya, mempamerka­n bakat dan semangat keusahawan­an komuniti di bandar raya ini.

“Acara ini berfungsi sebagai platform untuk pertumbuha­n ekonomi, menghimpun­kan usahawan, perniagaan dan pelabur.

“Kami percaya bahawa melalui perkongsia­n sebegini, kami bukan sahaja dapat meningkatk­an ahli dewan kami tetapi juga menyumbang kepada pembanguna­n berterusan Miri,” katanya.

Beliau memberitah­u, tahun ini elemen baharu yang menarik diperkenal­kan termasuk CNY Run 2024 2.0, Pertanding­an Ratu Cheongsam dan Pertanding­an Gerai Terbaik 3.0.

Sepanjang acara tujuh hari itu juga, sejumlah 41 organisasi mempamerka­n persembaha­n membabitka­n lebih 1,000 penghibur yang mengambil bahagian dalam lebih 300 persembaha­n.

 ?? ?? KHAS: Lu menyampaik­an cenderamat­a kepada Abdul Karim sambil disaksikan (dari kanan) Dennis, Ting dan Yii.
KHAS: Lu menyampaik­an cenderamat­a kepada Abdul Karim sambil disaksikan (dari kanan) Dennis, Ting dan Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia