Utusan Borneo (Sarawak)

Kebudayaan dan makanan, produk pelanconga­n berpotensi

Selain melawat produk pelanconga­n seperti taman negara, pelancong juga mahu melihat persembaha­n kebudayaan

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sarawak mengenal pasti aspek kebudayaan dan makanan, yang dizahirkan daripada kepelbagai­an kaum di negeri ini, sebagai salah satu produk pelanconga­n baharu yang berpotensi besar untuk dimajukan dan diyakini mampu menarik pelancong datang.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kebudayaan dan makanan boleh menjadi faktor penarik utama pelancong datang ke negeri ini.

“Menyedari potensi ini, maka kementeria­n saya, kini meninjau kemungkina­n untuk memastikan setiap bandar raya dan bandar utama di negeri ini, sama ada Kuching, Miri, Sibu atau Bintulu menganjurk­an acara-acara kebudayaan dan makanan secara besar-besaran.

“Kita mahu acara seumpama ini dianjurkan pada setiap tahun, kerana itulah masanya bagi kita mempamerka­n kebudayaan unik pelbagai kaum di negeri ini, di samping makanan yang disediakan,” katanya.

Abdul Karim mendedahka­n perkara itu semasa merasmikan Bazar Gong Xi Miri di sini, malam kelmarin.

Bazar itu yang dianjurkan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM), diadakan menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan berjaya menarik ramai pengunjung pada setiap malam, sepanjang ia berlangsun­g.

“Saya difahamkan oleh pengerusi penganjur bersama, Vincent (Lu) bahawa pada setiap hari, sepanjang bazar ini berlangsun­g, pihaknya mengadakan persembaha­n kebudayaan unik yang mewakili pelbagai kaum di sini.

“Ini sebenarnya merupakan salah satu faktor penarik (pelawat) yang kuat untuk datang ke bazar ini, untuk menyaksika­n persembaha­n kebudayaan yang dipamer selain menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di bazar ini,” jelas beliau.

Justeru dalam perkembang­an berkaitan, Abdul Karim

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n memberitah­u bahawa cadangan pihak Majlis (MBM) mahu mengubah bangunan Pejabat Residen dan Daerah Miri yang lama (tapak Bazar Gong Xi), menjadi sebuah muzium, sebaiknya ditukar supaya menjadi Pusat Kebudayaan dan Kesenian di Miri.

“Saya sudah berbincang dengan Datuk Bandar dan memberitah­u beliau bahawa bangunan ini adalah bangunan warisan (dari zaman kolonial) yang mempunyai potensi sangat baik untuk diubah menjadi Pusat Kebudayaan dan Kesenian bagi mencermink­an kebudayaan pelbagai bangsa seperti Cina dan kaum asal Jatti Meirek yang ada di Miri dan seterusnya membangun serta membentuk Miri yang ada hari ini,” katanya.

Apatah lagi bangunan warisan dari zaman kolonial itu mempunyai kedudukan yang yang strategik, di tengah-tengah pusat bandar raya Miri dan jika ia sudah siap kelak, ka bakal menjadi salah satu lokasi yang wajar dilawati di Miri, jelas Abdul Karim.

Mengulas lanjut beliau yang menyedari Miri memiliki banyak badan kebudayaan dan kesenian selain keunikan budaya

daripada pelbagai suku kaum, maka wajar bagi bandar raya ini memiliki sebuah pusat untuk persembaha­n kebudayaan dan kesenian.

“Miri patut merancang untuk melihat kepada cadangan ini kerana Kuching juga bakal memiliki sebuah pusat persembaha­n kebudayaan dan kesenian, yang dijangka memulakan pembinaann­ya selepas perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Pelancong yang datang,

selain melawat produk pelanconga­n yang ada seperti taman-taman negara, mereka juga mahu melihat persembaha­n kebudayaan.

“Apatah lagi Miri mempunyai banyak suku kaum dan etnik. Sudah semestinya Miri harus memilik sebuah pusat seperti ini,” ujar beliau lagi sambil menambah, ia akan menjadi satu lagi kategori produk untuk kumpulan pelancong (yang berminat dengan seni dan budaya).

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan merangkap Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Dato Dennis Ngau, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii serta Naib Pengerusi MCCCI Vincent Lu, yang juga pengerusi penganjur bersama Bazar Gong Xi Miri 2024.

“Menyedari potensi ini, maka kementeria­n saya, kini meninjau kemungkina­n untuk memastikan setiap bandar raya dan bandar utama di negeri ini, sama ada Kuching, Miri, Sibu atau Bintulu menganjurk­an acara-acara kebudayaan dan makanan secara besarbesar­an. ” Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

 ?? ?? RASMI: Abdul Karim (depan, tengah) bersama Yii (depan, sembilan kiri), Ting (depan, lapan kiri) serta Lu (depan, tujuh kanan) dan tetamu kehormat yang lain, mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina, sambil dikeliling­i sembilan ekor ‘naga’.
RASMI: Abdul Karim (depan, tengah) bersama Yii (depan, sembilan kiri), Ting (depan, lapan kiri) serta Lu (depan, tujuh kanan) dan tetamu kehormat yang lain, mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina, sambil dikeliling­i sembilan ekor ‘naga’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia