Utusan Borneo (Sarawak)

Golongan kurang bernasib baik tidak harus dilupa, perlu dibantu, disokong

-

Golongan yang kurang bernasib baik tidak harus dilupakan sebaliknya perlu diberikan bantuan serta sokongan moral bagi meneruskan kehidupan seharian mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, golongan berkenaan tidak seharusnya disisihkan daripada masyarakat sebaliknya perlu dibantu serta disayangi dan perlu diberi perhatian.

“Golongan tersebut bukan sahaja golongan yang istimewa atau mereka yang kurang bernasib baik tetapi mereka juga perlu kita sayangi, perlukan perhatian oleh semua anggota masyarakat,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina anjuran Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman di premis pertubuhan berkenaan di sini semalam.

Pada kesempatan itu, Harden turut berterima kasih kepada pemuda Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman kerana telah berjaya menganjurk­an program seperti ini setiap kali musim perayaan dan penghargaa­n serta pujian diberi kepada penderma yang bermurah hati.

“Sayamengam­bilkesempa­tan ini untuk menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih kepada para dermawan yang ikhlas hati berkongsi rezeki dengan masyarakat yang kurang mampu melalui saluran Pertubuhan Che Chuan Khor Sri Aman.

“Tanpa penderma, agak sukar untuk kita melaksanak­an program kerana bahan mentah dan dana sangat diperlukan,” katanya.

Terdahulu ketika menyampaik­an kata aluan selaku pengerusi pengelola Ngu Sze Lee yang juga merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman, menyampaik­an penghargaa­n dan pujian kepada Harden yang berterusan membantu pertubuhan berkenaan.

“Pertubuhan kita amat berterima kasih kepada wakil rakyat ini (Harden) kerana sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada pertubuhan kita dalam penganjura­n acara seperti ini serta acara-acara yang lain di Sri Aman,” jelasnya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Presiden Pertubuhan Meninggika­n Akhlak Che Chuan Khor Sri Aman Temenggung Kueh Aik Seng, Penghulu Kang Tai Kong, Penghulu Leonard Libau Anol, Penghulu Andar Suntai serta Tay Chiew Hua.

Program berkenaan telah menyaksika­n seramai 250 orang penerima yang terdiri daripada golongan yang memerlukan menerima bakul makanan yang disampaika­n oleh Harden.

Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk membantu meringanka­n beban golongan yang memerlauka­n ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

 ?? ?? TERUSKAN SUMBANGAN: Harden (tujuh kiri) menyampaik­an bantuan kepada penerima sambil diperhatik­anikan Kueh (lima kiri) serta yang lain semasa penyampaia­n sumbangan berkenaan semalam.
TERUSKAN SUMBANGAN: Harden (tujuh kiri) menyampaik­an bantuan kepada penerima sambil diperhatik­anikan Kueh (lima kiri) serta yang lain semasa penyampaia­n sumbangan berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia