Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTP di DUN Simanggang capai 95.8 peratus pelaksanaa­n

-

Projek Tranformas­i Luar bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang secara keseluruha­nnya telah mencapai 95.8 peratus pelaksanaa­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis berkata, secara keseluruha­nnya prestasi projek RTP di bawah agensi pelaksana iaituJabat­an Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman telah mencapai tahap yang cemerlang apabila mendapat peratusan kedua tertinggi iaitu 98.5 peratus pelaksanaa­n projek.

“Setakat kemas kini semasa, terdapat satu projek yang masih menunggu NOC disebabkan perubahan anggaran kos,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak berkata demikian semasa sesi taklimat mengenai perkembang­an terkini RTP dan Projek MARRIS oleh agensi pelaksana JKR

Bahagian Sri Aman di Pejabat JKR Bahagian Sri Aman di sini Jumaat lalu.

Dalam pada itu beliau turut mengingatk­an agensi pelaksana agar bersedia denganproj­ek RTP yang baharu kerana pembanguna­n yang telah dirancang perludi laksanakan apabila telah diluluskan demi memenuhi permintaan rakyat yang masih memerlukan pembanguna­n.

“Saya memohon kepada semua agensi pelaksana bersiap sedia dengan projek RTP yang baharu kerana

pembanguna­n yang telah dirancang perlu dilaksanak­an dengan segera.

“Ini adalah Pembanguna­n untuk rakyat dan apabila setiap prpjek yang telah diluluskan ia perlu diambil tindakan segera pelaksanaa­nnya, agar ia dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Turut hadir pada sesi taklimat berkenaan, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Balean Suji Inggol, Penghulu Leonard Libau Anol serta kakitangan JKR Sri Aman.

 ?? ?? PERKEMBANG­AN SEMASA: Harden (dua kiri) diberi taklimat oleh pihak JKR Sri Aman tentang pelaksanaa­n RTP di kawasan Simanggang Jumaat lalu.
PERKEMBANG­AN SEMASA: Harden (dua kiri) diberi taklimat oleh pihak JKR Sri Aman tentang pelaksanaa­n RTP di kawasan Simanggang Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia