Utusan Borneo (Sarawak)

Guru yan�� kreatif dan inovatif mampu ��ahir ��enerasi pe��ajar yan�� cemer��an��

-

Guru yang kreatif dan inovatif mampu melahirkan generasi pelajar yang cemerlang sejajar dengan pembanguna­n negara.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, guru yang memiliki dua ciri tersebut sememangny­a sentiasa memikirkan pembaharua­n yang dapat membawa perubahan dalam system pengajaran mereka.

“Oleh itu, kita menyeru para pendidik di negeri ini agar mengubah cara pengajaran yang dahulu kepada yang lebih kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran mereka.

“Cara yang lebih kreatif dan inovatif secara tidak langsung dapat menarik minat para pelajar terhadap sesuatu matapelaja­ran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Apresiasi Kemenjadia­n Murid, Sekolah Kebangsaan Saint Paul Banting, Lingga di sebuah restoran terkemuka di bandar Sri Aman semalam.

Menurutnya, guru seharusnya bijak membawa perubahan kepada suasana pengajaran mereka dengan lebih kondusif agar setiap pengajaran yang dicurahkan sampai kepada kumpulan sasaran.

“Ini penting kerana para pelajar akan menunjukka­n minat untuk mempelajar­i sesuatu matapelaja­ran sekiranya carapenyam­paian guru mereka mengikut peredaran zaman,” jelasnya.

Dalam pada itu, Doris turut menyeru ibu bapa agar mengutamak­an

pendidikan anakanak kerana mereka nanti merupakan bakal pemimpin serta asset penting untuk bersama membangunk­an negeri ini.

“Kita sebagai ibu bapa jangan sesekali mengabaika­n tanggungja­wab kita untuk menghantar anak-anak ke sekolah bagi menimba ilmu sebanyak yang mungkin kerana pada zaman sekarang, ilmu pengetahua­n amat penting,” tambahnya

“Jangan pula kita menganggap menghantar anakanak ke sekolah sebagai suatu perkara yang membebanka­n, sebaliknya memikirkan masa depan bersama,”jelasnya.

Tambahnya, masalah kemiskinan bukan lagi alas an untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah.

“Malah, sudah ramai golongan miskin yang menghantar anak-anak ke peringkat pengajian tinggi, malah mengecapi kejayaan di menara gading,” katanya.

“Saya percaya, ramai ibu bapa kini telah sedar akan peranan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana mereka (ibu bapa) tahu bahawa ilmu pengetahua­n sahaja dapat mengubah corak hidup kita,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, guru besar Sekolah, yang dipertua Persatu Ibu Bapa dan Guru, guru kanan sekolah serta para ibu bapa.

Majlis yang dianjurkan itu telah menyaksika­n kira-kira 100 murid sekolah berkenaan menerima sijil dan hadiah dalam pelbagai kategori.

 ?? ?? TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Doris (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an guru besar sekolah (dua kiri) serta yang lain pada majlis berkenaan semalam.
TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Doris (tiga kiri) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada salah seorang murid sambil diperhatik­an guru besar sekolah (dua kiri) serta yang lain pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia