Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival sukan erat hubungan, wujud masyarakat sihat

Pen��anjuran pe��ba��ai aktiviti�� pro��ram turut membantu kumpu�� dana untuk seko��ah�� serta ��ahirkan at��et berkua��iti

- Oleh Kepu Sidi Datuk Ding Kuong Hiing ADUN) Meradong

BINTANGOR: Karnival Sukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah plafrom yang terbaik dalam merapatkan hubungan ibu bapa dan murid di peringkat sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, melalui penganjura­n pelbagai aktiviti, program ini turut menjadi landasan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat.

“Pada masa yang sama juga, Karnival Sukan PIBG menjadi usaha kepada pihak sekolah dan PIBG untuk mengumpul dana bagi membantu pihak sekolah menjalanka­n pelbagai aktiviti yang direncanak­an pada setiap tahun.

“Aktiviti ini juga mampu menjadi wadah yang terbaik dalam melahirkan atlet dan penggiat sukan bagi menjadi sandaran dan harapan untuk membawa nama bangsa dan negara ke persada antarabang­sa sebagai ahli sukan yang berkualiti.

“Sejajar dengan matlamat tersebut, kerajaan sentiasa berusaha dan memberikan sokongan terhadap aktiviti sukan ini di segenap peringkat kerana kita mahu melahirkan lebih banyak lagi rakyat yang aktif dan cemerlang dalam arena sukan pada masa akan datang,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Majlis Penghargaa­n PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Binatang dekat sini, kelmarin.

Menurut Ding, pihak sekolah komited terhadap pembanguna­n holistik para pelajar.

Pada masa yan�� sama ju��a�� Karniva�� Sukan PIBG menjadi usaha kepada pihak seko��ah dan PIBG untuk men��umpu�� dana ba��i membantu pihak seko��ah menja��ankan pe��ba��ai aktiviti yan�� direncanak­an pada setiap tahun.

“Pada masa yang sama juga, kita percaya bahawa melalui sukan, ia dapat menerapkan nilai-nilai kecemerlan­gan dalam kehidupan seharian.

“Nilai-nilai ini membentuk sahsiah yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

“Teruslah mengukir sejarah kejayaan dalam bidang sukan dan akademik dan semoga semangat kecemerlan­gan yang telah ditunjukka­n dalam aktiviti sukan akan memberi inspirasi kepada semua untuk mencapai impian masing-masing,” ujar Ding.

Seramai 120 murid dari 15 rumah panjang di sekitar sekolah ini turut sama menjayakan kedua-dua program ini.

Pada masa yang sama, Ding menyampaik­an geran projek

kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 dan geran Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2025 RM100,000 untuk menaik

taraf prasarana dewan berbumbung dan gelanggang sukan.

Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)

Meradong Luk Teck Sing, Guru Besar Alim Johan, Yang Dipertua PIBG Bala Gawan dan Pengerusi Lembaga Sekolah Liong Ensali.

 ?? ?? MERIAH: Ding menghadiri Majlis Makan Malam dan Majlis Penghargaa­n PIBG di SK Ulu Binatang kelmarin.
MERIAH: Ding menghadiri Majlis Makan Malam dan Majlis Penghargaa­n PIBG di SK Ulu Binatang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia