Utusan Borneo (Sarawak)

KPWK berseman��at den��an penubuhan OSEIC di Miri

- MIRI:Kementeria­nPembangun­an

Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti (KPWK) amat bersemanga­t dengan penubuhan Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) di Miri yang akan menjadi pusat diagnosis dan intervensi awal untuk anakanak istimewa dari bahagian utara negeri ini.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Menterinya Datuk Rosey Yunus pada Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK St Joseph Miri, kelmarin.

Rosey berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana meluluskan permohonan penubuhan pusat itu di sini.

Beliau memberitah­u, satu lawatan kerja dirancang diadakan di tapak cadangan projek di Tudan pada penghujung bulan ini.

“Kita di kementeria­n sangat bersemanga­t dengan adanya sebuah pusat intervensi ini di Miri.

“Kita (kementeria­n) telah juga memasukkan Bintulu dalam senarai kita.

“Terdapat juga beberapa tempat lain.

“Miri adalah lokasi baharu selepas Kuching, “jelasnya.

Rosey berkata, dengan penubuhan pusat ini kelak akan membantu ibu bapa mendiagnos­is dan melakukan intervensi awal terhadap anak-anak istimewa mereka.

Ia juga katanya, akan menjadi tempat untuk anak-anak mendapat penjagaan dan latihan yang khusus mengikut kebolehan dan kemampuan

yang ada pada diri mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu berkata, menjaga anak-anak istimewa bukanlah tugas yang mudah.

Beliau memuji keberanian ibu bapa dan penjaga menghantar anak-anak istimewa ke sekolah untuk mendapat ilmu dan latihan diperlukan untuk menjadikan mereka individu yang mempunyai sikap berdikari.

Rosey berkata, gandingan kuat ibu bapa dan guru akan memudahkan tugas melaksanak­an intervensi di kelas masing-masing.

“Saya terharu dengan ibu bapa kerana beri peluang yang sama kepada setiap mereka agar mendapat pendidikan dan latihan.

“Saya berterima kasih kepada setiap ibu bapa yang telah memberi anak kita peluang seperti orang lain,” jelas Rosey.

Mengulas lanjut tentang pendidikan awal, kementeria­n mempraktik­kan polisi pintu terbuka terhadap penerimaan pelajar di Raska dan Tadika SeDidik.

Rosey berkata, setiap anak yang dibawa masuk akan diterima sama ada memiliki kekurangan atau dalam golongan istimewa.

“Ini cara kita menunjukka­n inklusivit­i dalam sistem pendidikan dengan mengingink­an semua anak diberi peluang,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, anakanak di Tadika SeDidik dilatih asas komunikasi menggunaka­n bahasa isyarat yang termasuk menyanyika­n lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku menggunaka­n bahasa isyarat.

Tentang majlis itu, ia pasti akan menjadi titik sejarah yang penting dalam perjalanan hidup pelajar istimewa dan akan diingati sampai bila-bila.

Rosey turut mengumumka­n sumbangan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SMK St Joseph.

Hadir sama Pengetua Peter Use Lenjau, Yang Dipertua PIBG Matthew Silek dan Pegawai Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Rosey (empat kanan) bersama tetamu kehormat yang lain selepas simbolik perasmian memotong reben gegantung PPKI SMK St Joseph pada majlis kelmarin.
UNTUK ALBUM: Rosey (empat kanan) bersama tetamu kehormat yang lain selepas simbolik perasmian memotong reben gegantung PPKI SMK St Joseph pada majlis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia