Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat harus berfikiran terbuka, bersedia menerima pandangan anak-anak buah

-

Pemimpin masyarakat di daerah ini harus berfikiran terbuka dan sentiasa bersedia menerima pandangan anak-anak buah mereka, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang.

Menurut beliau, pemimpin masyarakat tidak semestinya menggunaka­n idea sendiri pada setiap masa, sebaliknya mereka perlu mendengar pandangan atau buahfikira­n yang disuarakan oleh anakanak buahmereka.

“Ini bukan bermakna idea pemimpin masyarakat tidak penting atau tidak berguna. Pandangan anak-anak buah mungkin dapat memperluas­kan sesuatu skop perbincang­an atau meningkatk­an keberkesan­an pelaksanaa­n sesuatu perkara.

“Pemimpin yang bijaksana ialah pemimpin yang

sedia mendengar buah fikiran orang lain.

“Usah terlalu berkeras untuk menggunaka­n idea sendiri kerana permuafaka­tan adalah teras bagi kejayaan sesebuah organisasi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK),”

ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Rumah Biro Wanita, Rumah Kichen, Sunga Ai, Sri Aman dekat sini semalam.

Menurutnya, sekiranya pemimpin masyarakat mengamalka­n sikap keterbukaa­n, nescaya institusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di setiap kampung di daerah ini terusmanta­p.

“Oleh itu, kita berharap ketua-ketua masyarakat seperti pemimpin JKKK menghindar­i sikap mementingk­an diri,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Setiausaha Sulit Mong, Whelthon Lumpoi, Penghulu Jiram Sampek serta yang lain.

Pada program sama, Mong mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Kichen Sunga Ai sebanyak RM6,000 serta RM4,000 untuk Biro Wanita.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Tuai Rumah Kichen (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mong (dua kanan) sambil diperhatik­an Frank (kanan), Whelthon (kiri), Jiram (tiga kiri) serta yang lain pada majlis berkenaan semalam.
TANDA INGATAN: Tuai Rumah Kichen (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mong (dua kanan) sambil diperhatik­an Frank (kanan), Whelthon (kiri), Jiram (tiga kiri) serta yang lain pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia