Utusan Borneo (Sarawak)

ACS ucap tahniah kepada Sultan Ibrahim atas pelantikan sebagai Agong

-

Persatuan Gereja Sarawak (ACS) mengucapka­n tahniah kepada Sultan Ibrahim atas pelantikan ba-ginda sebagai Yang diPertuan Agong Ke-XVII.

Pengerusin­ya Rt Rev Datuk Danald Jute dalam kenyataan semalam berkata komuniti Kristian di Sarawak bersama rakyat Malaysia yang lain meraikan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Raja Malaysia, sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Kami dengan rendah hati mempersemb­ahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Raja Zarith Sofiah, setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas.

“Dalam kesetiaan kepada mandat Alkitab kita dalam 1 Timotius 2:1-2, kita akan menjunjung Yang Mulia dalam doa kita.

“Semoga Tuhan melimpahka­n rahmat dan keberkatan-Nya kepada Seri Paduka Baginda dan mengurniak­an kepada mereka kebijaksan­aan yang tinggi, kesihatan yang baik dan belas kasihan yang mendalam semasa pemerintah­an mereka di Malaysia yang tercinta,” katanya.

Danald yang juga Biskop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei berharap negara Malaysia berwarna-warni dan indah, kaya dengan pelbagai etnik, latar belakang budaya serta agama, lebih bersatu dan terus menikmati keamanan, keharmonia­n dan kemakmuran.

Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis RajaRaja ke-263 telah berkenan memilih Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XVII bagi menggantik­an Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang tamat tempoh pemerintah­an pada 30 Januari 2024.

Pada 31 Januari 2024 Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang diPertuan Agong ke-XVII bagi tempoh lima tahun.

Istiadat Melafaz dan Menandatan­gani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia