Utusan Borneo (Sarawak)

C��iew dan Lin�� temui ra��yat a��ar umbi menjelan�� TBC

-

MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling semalam mengadakan aktiviti ‘walkabout’ bertemu rakyat di Pasar Central dan Unity sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Menurut Chiew yang turut diiringi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demoratik (DAP) Miri, aktiviti itu memberi peluang kepada mereka untuk bertemu rakyat dan menyampaik­an ucapan tahun baharu.

Sementara itu, Ling berkata, PH di setiap bahagian telah bersatu dan berusaha ke arah matlamat yang sama untuk menyokong Pengerusi Kebangsaan PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan pelaksanaa­n konsep Madani untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Ling memberitah­u, sambutan masyarakat sangat menggalakk­an dan mereka berterima kasih atas bimbingan, bantuan dan sokongan padu daripada rakyat.

“Kami akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati dan menjadi

harapan mereka, walaupun PH di Sarawak masih merupakan gabungan pembangkan­g, kami boleh bekerjasam­a dengan kerajaan negeri GPS dalam dasar yang baik untuk rakyat dan bersedia untuk menentukan sebarang kebimbanga­n atau buat kritikan membina kerana inilah peranan yang sepatutnya kita mainkan,” katanya.

Menurut Ling, walaupun PH kekal sebagai pembangkan­g di Sarawak, parti adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat

pusat.

Beliau memberitah­u, masih banyak kerja dan masa yang diperlukan untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat dan ekonomi negara.

“Konsep Madani menekankan nilai-nilai belas kasihan, kesaksamaa­n dan pengurusan hal ehwal negara yang telus serta bertanggun­gjawab kepada rakyat,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Pemuda Sosialis (DAPSY) Sarawak Peter Hee dan Pengerusi DAP Long Lama Marcus Hugo.

 ?? ?? BERTEMU AKAR UMBI: Chiew (tengah) dan Ling (dua kiri) bersama ahli DAP dan PKR sebelum aktiviti tersebut semalam.
BERTEMU AKAR UMBI: Chiew (tengah) dan Ling (dua kiri) bersama ahli DAP dan PKR sebelum aktiviti tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia