Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti di Sri Aman diseru sahut seruan Program One Hour Malaysia Clean Up

-

Komuniti setempat di Sri Aman diseru menyahut seruan Program One Hour Malaysia Clean Up yang dilaksanak­an setiap hari Sabtu minggu keempat setiap bulan sebagai usah memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes.

Program One Hour Malaysia Clean Up ini merupakan satu usaha berterusan yang dilaksanak­an Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman sebagai satu usaha memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman Zaifa Johari berkata, pelaksanaa­n program gotong-royong sempena Program One Hour Malaysia Clean Up dilaksanak­an di lokaliti tertentu sahaja khasnya yang pernah dijangkiti wabak denggi untuk bersama-sama melaksanak­an gotong-royong setiap hari Sabtu minggu keempat setiap bulan.

“Pada kali ini, lokasi pelaksanaa­n program ini bukan hanya tertumpu ke kawasan yang telah diserang wabak berkenaan, sebaliknya ia turut dilaksanak­an di kawasan-kawasan lain yang

mempunyai potensi tinggi untuk diserang wabak berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Gotong-Royong Hapus Wabak Denggi sempena One Hour Malaysia Clean Up di pasar Lachau, dekat sini kelmarin.

Menurutnya, langkah ini dilaksanak­an bagi memastikan tindakan memusnahka­n tempat pembiakan aedes dibuat secara konsisten menerusi inisiatif One Hour Malaysia Clean Up yang diperkenal­kan dan telah

dilancarka­n di peringkat kebangsaan pada 9 Julai tahun lalu di Selangor.

“Inisiatif ini menyeru komuniti setempat agar aktiviti gotong-royong dilaksanak­an pada setiap hari Sabtu minggu keempat setiap bulan sebagai salah satu langkah kawalan denggi,” jelasnya sambil menambah, program berkenaan adalah anjuran Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Bahagian Sri Aman.

Dalam pada itu, program berkenaan turut dimeriahka­n dengan pengedaran risalah

tentang wabak denggi serta langkah-langkah pencegahan daripada dijangkiti wabak berkenaan di samping program gotong-royong.

Program berkenaan telah melibatkan kira-kira 100 penduduk di sekitar pekan Lachau termasuk melibatkan agensi Pejabat RELA Sri Aman.

Turut serta dalam program berkenaan, dua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an PKB Sri Aman Rohaida Samad dan Dayang Sofiana serta kakitangan PKB Sri Aman yang lain.

 ?? ?? PEMBERSIHA­N: Penduduk menyertai program gotong-royong di pekan Lachau.
PEMBERSIHA­N: Penduduk menyertai program gotong-royong di pekan Lachau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia