Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa diminta utama pendidikan anak

Harus mempunyai kesedaran tinggi bahawa hanya pendidikan dapat ubah nasib, tingkatkan taraf hidup keluarga

- Oleh Marlinda Mardzuki ADUN Tebedu

KUCHING: Golongan ibu bapa diminta untuk sentiasa memberi penekanan dan keutamaan terhadap aspek pendidikan anak-anak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada.

Beliau berkata, mereka harus mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa hanya dengan pendidikan dapat mengubah nasib serta meningkatk­an taraf hidup sesebuah keluarga.

Pada masa sama katanya, ia penting bagi membantu kerajaan melahirkan modal insan kompetitif yang boleh menyumbang kepada pertumbuha­n negara.

“Banyak negara di dunia ini boleh dijadikan contoh seperti Amerika Syarikat, Australia, China, Jepun, Korea dan Singapura.

“Misalnya, Korea dulu sebuah negara yang miskin akan tetapi hari ini Korea Utara dan Selatan mampu bangkit menyaingi negara maju di dunia ini.

“Ini kerana mereka sangat mementingk­an bidang pendidikan untuk generasi muda dan rakyat amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Taska dan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi sesi 2023 /2024 Kawasan P.199 Serian di Dewan Tayung Langui Kampung Pichin di Tebedu kelmarin.

Dr Simon menambah, sekiranya ibu bapa tidak mengambil berat akan aspek pendidikan anak-anak, ia akan menjadi satu kerugian kepada mereka dan negara.

“Justeru, saya sarankan para ibu bapa memastikan anakanak mendapat pendidikan pada peringkat awal usia mereka dengan menghantar ke institusi pendidikan awal seperti Taska KEMAS,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberitah­u bahawa kerajaan Sarawak akan terus berusaha menyediaka­n prasarana dan infrastukt­ur pendidikan yang lebih baik demi keselesaan murid.

“Misalnya, Korea dulu sebuah negara yang miskin akan tetapi hari ini Korea Utara dan Selatan mampu bangkit menyaingi negara maju di ” dunia ini. Dr Simon Sinang Bada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia