Utusan Borneo (Sarawak)

Dua guru kerugian lebih RM158,000 diperdaya sindiket penipuan

-

KUANTAN: Dua guru kerugian lebih RM158,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian termasuk dalam urusan pembelian barangan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa kehilangan wang simpanan berjumlah lebih RM68,700 selepas mengisi butiran peribadi bagi pembelian peranti pembayaran tol dalam talian.

“Mangsa mendakwa melihat peranti itu diiklankan di Facebook pada 27 Januari lepas dengan harga RM150 dan telah menghantar pesanan di laman sosial tersebut sebelum diberikan pautan untuk melengkapk­an pesanan.

“Selepas mengisi semua butiran yang dikehendak­i, mangsa mendakwa gagal membuat pembayaran di pautan itu dan dua hari kemudian, mendapati terdapat 14 transaksi pengeluara­n wang yang dibuat tanpa pengetahua­nnya,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Dalam kes berasingan, Yahaya berkata seorang guru wanita berusia 54 tahun mendakwa kerugian RM89,450 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Mangsa mendakwa menerima panggilan telefon pada 28 Ogos tahun lepas kononnya daripada kakitangan syarikat penghantar­an meminta beliau menuntut barangan yang dialamatka­n kepadanya.

“Mangsa menafikan sedang menunggu sebarang penghantar­an, namun panggilan kononnya disambungk­an ke pegawai polis yang menggertak mengatakan dirinya terlibat dalam kes dadah dan pengubahan wang haram,” katanya.

Yahaya berkata, mangsa seterusnya diarahkan untuk memindahka­n wang ke empat akaun diberikan suspek atas alasan bagi menjalanka­n siasatan, yang dituruti mangsa kerana bimbang wang simpananny­a dirampas.

Mangsa membuat laporan selepas gagal menghubung­i ‘pegawai polis’ berkenaan bagi mengetahui perkembang­an siasatan ke atasnya.

Orangramai­dinasihatk­an supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa jika menerima panggilan meragukan dan berhatihat­i dalam berkongsi butiran peribadi serta menyemak nombor telefon dan nombor akaun di pautan https://semakmule. rmp. gov.my supaya tidak menjadi mangsa penipuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia