Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja ditemui lemas di air terjun Lahad Datu

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM selepas maya��nya berjaya dikeluarka­n oleh kaki��angan JPS

- Oleh Hamzah Sanudin Sumsoa Rashid Ketua BBP Lahad Datu

Menuru�� laporan awal�� kejadian membabi��kan seorang remaja lelaki berusia 18 ��ahun dipercayai lemas ke��ika mandi-manda di air ��erjun bersama rakannya.

LAHAD DATU: Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas melakukan aktiviti mandi bersama rakannya di Pusat Rekreasi Air Terjun Sepagaya, di sini semalam.

Mangsa yang berumur 18 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mayatnya berjaya dikeluarka­n oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.45 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n operasi SAR.

“Menurut laporan awal, kejadian membabitka­n seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai lemas ketika mandi-manda di air terjun bersama rakannya.

“Mangsa yang difahamkan tidak pandai berenang itu cuba diselamatk­an oleh rakannya namun gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarka­n oleh kakitangan JPS dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM.

“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba menjalanka­n pemeriksaa­n akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan jam 1.30

petang,” katanya.

Dalam pada itu, Sumsoa menasihatk­an orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti mandi-manda di sungai

ketika ini ekoran musim hujan.

“Kita juga menasihatk­an pusat-pusat rekreasi supaya mengambil langkah berjagajag­a

pada musim hujan ini dan sekiranya boleh menutup operasi sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinka­n,” katanya.

 ?? ?? LEMAS: Pasukan bomba menjalanka­n operasi membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.
LEMAS: Pasukan bomba menjalanka­n operasi membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia