Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan kembar dari Sarawak berjaya melayakkan diri ke WCOPA 2024

-

Pasangan kembar Aleysha dan Ryan Zachary Shareef, 10, dari Sarawak berjaya melayakkan diri menyertai pasukan negara bersaing di Kejohanan Seni Persembaha­n Dunia (WCOPA) 2024.

Mereka melayakkan diri hasil persembaha­n memukau semasa kemunculan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur kelmarin.

Kejohanan Seni Persembaha­n Dunia (WCOPA) 2024 akan berlangsun­g di Long Beach, California, Amerika Syarikat dari 28 Jun hingga 6 Julai akan datang.

Pasangan kembar itu akan menyertai pasukan Malaysia untuk bersaing dalam vokal solo dan duet serta peragaan pada pertanding­an antarabang­sa edisi ke-27 itu.

Ibu kepada pasangan kembar itu, Shirley Hasmani

Datuk Eddie menzahirka­n rasa bangga terhadap pencapaian anak-anaknya pada usia yang sangat muda, namun beliau turut mengakui usaha

keras dalam persiapan ‘Road To Hollywood’@WCOPA baru sahaja bermula.

Menurutnya, kedua-dua anaknya itu mengikuti kelas muzik di akademi tempatan sejak berusia enam tahun.

“Empat bulan akan datang menyaksika­n latihan mereka menjadi semakin keras untuk vokal dan peragaan di bawah pimpinan jurulatih kebangsaan.

“Justeru, kami perlu bersedia sepenuhnya bagi menghadapi pertanding­an ini di peringkat dunia,” katanya.

Sementara itu, penganjur WCOPA Malaysia Mycreative Production Sdn menyatakan pertanding­an itu bukan hanya sekadar pertanding­an tetapi merupakan peluang keemasan belajar daripada beberapa jurulatih dalam industri hiburan di Hollywood.

Menurut penganjur, ia merupakan peluang bagi meneroka bakat yang dimiliki serta mempamerka­nnya di pentas Hollywood.

 ?? ?? HEBAT: Aleysha dan Ryan memukau juri dengan persembaha­n mereka dalam kategori duet pada persembaha­n final Malaysia WCOPA 2024 baru-baru ini.
HEBAT: Aleysha dan Ryan memukau juri dengan persembaha­n mereka dalam kategori duet pada persembaha­n final Malaysia WCOPA 2024 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia